Malaysia legislation

Section 19

of AKTA PENCETAKAN TEKS AL-QUR’AN (PINDAAN) 2023

Seksyen 19

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 20

seksyen yang berikut:

“Pengkompaunan kesalahan 20a.  (1)  Menteri boleh, dengan kelulusan Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan bagi menetapkan—

(a)

apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan

(b)

kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan itu.

(2)

Pengerusi Lembaga atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengerusi Lembaga boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum suatu pertuduhan dimulakan, mengkompaun apa-apa kesalahan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun di bawah Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada Pengerusi Lembaga suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.

(3)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.

(4)

Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Pengerusi

Lembaga, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

Pencetakan Teks Al-Qur’an (Pindaan)

(5)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2)—

(a)

tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat; dan

(b)

sesuatu teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an, dokumen, rekod atau apa-apa yang disita yang berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilucuthakkan dan dilupuskan atau dilepaskan oleh Pengerusi Lembaga, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Pengerusi Lembaga.

(6)

Semua wang yang diterima oleh Pengerusi Lembaga di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.”.

Seksyen baharu 21a dan 21b

Section 19 — AKTA PENCETAKAN TEKS AL-QUR’AN (PINDAAN) 2023