Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
(a)
dalam subseksyen (2) dan (3), dengan menggantikan perkataan “dan Labuan” dengan perkataan “, Labuan dan Putrajaya”;
(b)
dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:
“(4) Setiap anggota yang dilantik hendaklah berkhidmat selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan hendaklah layak untuk dilantik semula.”; dan
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
“(4a) Anggota Lembaga boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis kepada Lembaga dan Lembaga hendaklah mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong atau Raja masing-masing, mengikut mana-mana yang berkenaan.”.
Seksyen baharu 3a