Malaysia legislation

Section 4

of AKTA PENCETAKAN TEKS AL-QUR’AN (PINDAAN) 2023

Seksyen 4

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 3

seksyen yang berikut:

“Anggota silih ganti 3a.  (1)  Yang di-Pertuan Agong atau Raja masing-masing boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik di bawah subseksyen (3), melantik seorang anggota silih ganti yang boleh menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga apabila anggota yang baginya dia merupakan anggota silih ganti atas apa-apa sebab tidak dapat hadir.

(2)

Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga, seseorang anggota silih ganti hendaklah, bagi segala maksud, disifatkan sebagai seorang anggota Lembaga.

(3)

Seseorang anggota silih ganti boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis kepada Lembaga dan Lembaga hendaklah mendapatkan perkenan

Yang di-Pertuan Agong atau Raja masing-masing, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya di bawah subseksyen (3) atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang baginya dia merupakan anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Lembaga.”.

Pindaan seksyen 5

Section 4 — AKTA PENCETAKAN TEKS AL-QUR’AN (PINDAAN) 2023