Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 7
seksyen yang berikut:
“Menahan penghantarserahan teks Al-Qur’an yang diimport yang tidak diperakui 7a. (1) Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Majlis Agama Islam sesuatu
Negeri atau Wilayah Persekutuan, boleh menahan penghantarserahan sesuatu teks Al-Qur’an yang diimport yang tidak diperakui secara bertulis oleh Lembaga di bawah seksyen 7.
(2)
Sesuatu teks Al-Qur’an yang ditahan di bawah subseksyen (1) hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, diserahkan kepada Lembaga dan diteliti oleh Lembaga.
(3)
Jika Lembaga memperakui bahawa teks Al-Qur’an itu—
(a)
betul dan mengikut kaedah penulisan yang ditentukan oleh Lembaga berkenaan dengan Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalamnya, Lembaga hendaklah
Pencetakan Teks Al-Qur’an (Pindaan)
7
membenarkan pengimportan tertakluk kepada perakuan di bawah seksyen 7 dan memberikan notis secara bertulis kepada orang yang daripadanya teks
Al-Qur’an itu ditahan menghendaki orang itu untuk menuntut atau mengambil teks Al-Qur’an itu tidak lewat daripada enam bulan dari tarikh notis itu; atau
(b)
mengandungi apa-apa kesilapan atau tidak mengikut kaedah penulisan yang ditentukan oleh Lembaga berkenaan dengan Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalamnya, Lembaga hendaklah melarang pengimportan dan memberikan notis secara bertulis kepada orang yang daripadanya teks Al-Qur’an itu ditahan menghendaki orang itu untuk mengembalikan teks Al-Qur’an itu kepada pengirimnya di luar Malaysia tidak lewat daripada tiga bulan dari tarikh notis itu.
(4)
Jika orang yang daripadanya teks Al-Qur’an itu ditahan gagal untuk menuntut atau mengambil teks Al-Qur’an itu dalam masa enam bulan dari tarikh notis di bawah perenggan (3)(a)
atau gagal untuk mengembalikan teks Al-Qur’an itu kepada pengirimnya di luar Malaysia dalam masa tiga bulan dari tarikh notis di bawah perenggan (3)(b), mengikut mana-mana yang berkenaan, teks Al-Qur’an itu hendaklah dilupuskan mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Menahan penghantarserahan bahan Al-Qur’an yang diimport 7b. (1) Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Majlis Agama Islam sesuatu Negeri atau Wilayah Persekutuan, boleh menahan penghantarserahan sesuatu bahan Al-Qur’an yang diimport jika dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa ia mengandungi apa-apa kesilapan atau ia tidak mengikut kaedah penulisan yang ditentukan oleh Lembaga berkenaan dengan Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalam bahan Al-Qur’an itu.
(2)
Sesuatu bahan Al-Qur’an yang ditahan di bawah subseksyen (1) hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, diserahkan kepada Lembaga dan diteliti oleh Lembaga.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1696
(3)
Jika Lembaga memperakui bahawa bahan Al-Qur’an itu—
(a)
betul dan mengikut kaedah penulisan yang ditentukan oleh Lembaga berkenaan dengan Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalamnya, Lembaga hendaklah membenarkan pengimportan dan memberikan notis secara bertulis kepada orang yang daripadanya bahan
Al-Qur’an itu ditahan menghendaki orang itu untuk menuntut atau mengambil bahan Al-Qur’an itu tidak lewat daripada enam bulan dari tarikh notis itu; atau
(b)
mengandungi apa-apa kesilapan atau tidak mengikut kaedah penulisan yang ditentukan oleh Lembaga berkenaan dengan Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalamnya, Lembaga hendaklah melarang pengimportan dan memberikan notis secara bertulis kepada orang yang daripadanya bahan Al-Qur’an itu ditahan menghendaki orang itu untuk mengembalikan bahan Al-Qur’an itu kepada pengirimnya di luar Malaysia tidak lewat daripada tiga bulan dari tarikh notis itu.
(4)
Jika orang yang daripadanya bahan Al-Qur’an itu ditahan gagal untuk menuntut atau mengambil bahan Al-Qur’an itu dalam masa enam bulan dari tarikh notis di bawah perenggan (3)(a)
atau gagal untuk mengembalikan bahan Al-Qur’an itu kepada pengirimnya di luar Malaysia dalam masa tiga bulan dari tarikh notis di bawah perenggan (3)(b), mengikut mana-mana yang berkenaan, bahan Al-Qur’an itu hendaklah dilupuskan mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Lembaga.”.
Pindaan seksyen 8