Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 19
seksyen yang berikut:
“Sekatan ke atas penggunaan lambang atau representasi
Suruhanjaya 19a. (1) Suruhanjaya hendaklah mempunyai hak eksklusif untuk menggunakan apa-apa lambang atau representasi yang dipilih atau dicipta oleh Suruhanjaya dan selepas itu mempamerkan atau menunjukkan lambang atau representasi itu berkaitan dengan aktiviti atau hal ehwalnya.
(2)
Lambang atau representasi yang dipilih atau dicipta oleh Suruhanjaya hendaklah disiarkan dalam Warta.
(3)
Mana-mana orang yang menggunakan suatu lambang atau representasi Suruhanjaya tanpa mendapatkan kelulusan bertulis Suruhanjaya, atau menggunakan apa-apa lambang atau representasi yang menyerupai lambang atau representasi
Suruhanjaya, atau mencipta apa-apa lambang atau representasi yang merujuk kepada Suruhanjaya hingga memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan, atau berkemungkinan memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.
Pindaan seksyen 23