Malaysia legislation
Section 18
of AKTA PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA (PINDAAN) 2024
Seksyen 18
Seksyen baharu 43a dan 43b
seksyen yang berikut:
“Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 43a. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi—
(a)
menguatkuasakan dengan sepenuhnya peruntukan
Akta ini;
(b)
menjalankan atau mencapai matlamat dan maksud
Akta ini; atau
(c)
pelaksanaan peruntukan Akta ini dengan lebih lanjut, lebih baik atau sesuai.
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi—
(a)
menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan pengeluaran lesen dan permit di bawah Akta ini, termasuk kelayakan orang yang memohon lesen dan permit itu, fi lesen dan permit, tempoh lesen dan permit, bentuk lesen dan permit, syarat standard lesen dan permit, fi permohonan, fi tahunan, fi pembaharuan dan caj pemprosesan yang lain;
Undang-Undang Malaysia 60
Akta A1723
(b)
menetapkan perkara yang berkaitan dengan penguntukan hak trafik udara;
(c)
menetapkan perkara yang berkaitan dengan penguntukan slot di aerodrom;
(d)
menetapkan perkara yang berkaitan dengan obligasi perkhidmatan awam;
(e)
menetapkan perkara yang berkaitan dengan penyelesaian pertikaian;
(f)
menetapkan perkara yang berkaitan dengan persaingan dalam industri penerbangan awam;
(g)
menetapkan perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan pengendalian darat;
(h)
menetapkan fi dan caj yang kena dibayar kepada
Pihak Berkuasa di bawah Akta ini dan cara untuk memungut dan membayar fi itu, yang termasuklah mengecualikan secara sepenuhnya atau sebahagiannya bayaran apa-apa fi dan caj yang kena dibayar kepada
Pihak Berkuasa di bawah Akta ini oleh mana-mana kapal udara, penerbangan atau orang atau kelas kapal udara, penerbangan, atau orang atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa;
(i)
mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan kesemua atau mana-mana aktiviti Pihak Berkuasa dan secara amnya pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Pihak Berkuasa di bawah Akta ini; dan
(j)
mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain sebagaimana yang dijangkakan oleh, atau perlu bagi menguatkuasakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan bagi pentadbiran sewajarnya.
(3)
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)
61
Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan, pekeliling, arahan, dsb.