Malaysia legislation

Section 9

of AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PINDAAN) 2024

Seksyen 9

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 43

seksyen yang berikut:

“Hak kepada kemudahalihan data 43a.  (1)  Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang subjek data boleh meminta pengawal data untuk menghantar data peribadinya kepada pengawal data pilihannya yang lain secara langsung dengan memberikan suatu notis secara bertulis melalui cara elektronik kepada pengawal data itu.

(2)

Permintaan bagi kemudahalihan data yang disebut dalam subseksyen (1) adalah tertakluk kepada kebolehlaksanaan teknikal dan keserasian format data.

Perlindungan Data Peribadi (Pindaan)

(3)

Apabila permintaan kemudahalihan data di bawah subseksyen (1) diterima, pengawal data hendaklah menyempurnakan penghantaran data peribadi itu dalam tempoh yang ditetapkan.”.

Pindaan seksyen 48