Malaysia legislation

Section 4

of AKTA PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD (PINDAAN) 2024

Seksyen 4

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 20

bahagian yang berikut:

“Bahagian IIIa

PEMUNYAAN BENEFISIAL

Pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad 20a.  (1)  Seseorang ialah pemunya benefisial bagi suatu perkongsian liabiliti terhad jika orang itu ialah orang sebenar yang mempunyai milikan mutlak atau yang mempunyai kawalan mutlak ke atas suatu perkongsian liabiliti terhad dan termasuk seseorang yang mempunyai kawalan berkesan mutlak ke atas sesuatu perkongsian liabiliti terhad.

(2)

Pendaftar boleh mengeluarkan garis panduan bagi maksud mengenal pasti pemunya benefisial bagi suatu perkongsian liabiliti terhad.

Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan)

5

Daftar pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad 20b.  (1)  Tiap-tiap perkongsian liabiliti terhad hendaklah menyimpan suatu daftar pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu dan merekodkan dalam daftar itu—

(a)

nama penuh, alamat, kewarganegaraan, pengenalan dan tempat kediaman biasa orang yang merupakan pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu;

(b)

tarikh orang itu menjadi seorang pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu;

(c)

tarikh orang itu terhenti daripada menjadi pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu; dan

(d)

apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar.

(2)

Daftar pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad hendaklah disimpan di pejabat berdaftar perkongsian liabiliti terhad itu atau mana-mana tempat lain di Malaysia sebagaimana yang diberitahu kepada Pendaftar.

(3)

Perkongsian liabiliti terhad hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar suatu notis tentang apa-apa perubahan kepada butir-butir dalam daftar pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad.

(4)

Apa-apa notis yang dikehendaki di bawah subseksyen (3)

hendaklah diserah simpan dalam masa empat belas hari dari tarikh perubahan itu direkodkan dalam daftar pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu.

(5)

Perkongsian liabiliti terhad hendaklah memegang simpan maklumat seseorang yang telah direkodkan dalam daftar pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu sebagai pemunya benefisial tetapi kemudiannya terhenti menjadi pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu selama tujuh tahun dari tarikh orang itu terhenti menjadi seorang pemunya benefisial.

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1728

(6)

Perkongsian liabiliti terhad dan tiap-tiap pekongsi dan pegawai pematuhan yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(7)

Pendaftar hendaklah menentukan bentuk, cara dan takat maklumat yang perlu disimpan di bawah subseksyen (1) dan diserah simpan di bawah subseksyen (3).

(8)

Daftar pemunya benefisial suatu perkongsian liabiliti terhad hendaklah menjadi keterangan prima facie bagi apa-apa perkara yang dimasukkan dalam daftar di bawah

Akta ini.

(9)

Menteri boleh, berhubung dengan akses kepada daftar pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad yang disimpan di pejabat berdaftar sesuatu perkongsian liabiliti terhad atau maklumat pemunyaan benefisial yang diserah simpan dengan Pendaftar, menetapkan—

(a)

mana-mana orang atau golongan orang yang boleh mengakses daftar pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad atau maklumat pemunyaan benefisial;

(b)

cara dan terma dan syarat bagi mengakses daftar pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad atau maklumat pemunyaan benefisial; dan

(c)

fi bagi pembekalan maklumat pemunyaan benefisial.

(10)

Dalam seksyen ini, “pengenalan” ertinya, dalam hal mana-mana orang yang dikeluarkan dengan kad pengenalan yang dikeluarkan di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959

[Akta 78], nombor kad pengenalan itu, dan dalam hal seseorang itu tidak dikeluarkan dengan kad pengenalan, butir-butir pasport atau keterangan pengenalan lain yang seumpama sebagaimana yang ada.

Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan)

7

Kuasa perkongsian liabiliti terhad untuk menghendaki penzahiran pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad 20c.  (1)  Suatu perkongsian liabiliti terhad hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana pekongsi perkongsian liabiliti terhad dalam apa-apa masa yang munasabah dan apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—

(a)

untuk memaklumkan perkongsian liabiliti terhad sama ada pekongsi itu merupakan pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu atau jika pekongsi itu bukan pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu, setakat yang mungkin untuk berbuat demikian, untuk menunjukkan orang itu dengan nama dan dengan butir-butir lain yang mencukupi untuk membolehkan orang itu dikenal pasti sebagai pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu; dan

(b)

untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen 20b(1).

(2)

Jika suatu perkongsian liabiliti terhad mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang merupakan pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu, perkongsian liabiliti terhad itu hendaklah melalui notis secara bertulis, menghendaki orang itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—

(a)

untuk menyatakan sama ada orang itu merupakan pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu atau jika orang itu bukan pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu, untuk menyatakan sama ada orang itu mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang lain merupakan pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu dan untuk memberikan apa-apa butir mengenai orang lain itu yang dalam pengetahuannya; dan

(b)

untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 20b(1).

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1728

(3)

Jika suatu perkongsian liabiliti terhad mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana pekongsi atau orang mengetahui identiti orang yang merupakan pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu, perkongsian liabiliti terhad itu hendaklah melalui notis secara bertulis menghendaki pekongsi atau orang itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—

(a)

untuk menyatakan sama ada orang itu mengetahui, atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang lain itu merupakan pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu dan memberikan apa-apa butir-butir mengenai orang lain itu yang dalam pengetahuannya; dan

(b)

untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 20b(1).

(4)

Apabila suatu perkongsian liabiliti terhad menerima maklumat daripada seseorang yang kepadanya notis diberikan di bawah subseksyen (1), (2) atau (3), perkongsian liabiliti terhad itu hendaklah, dalam masa empat belas hari dari tarikh maklumat itu diterima, merekodkan dalam daftar pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu—

(a)

tarikh notis yang menghendaki maklumat itu telah dikeluarkan; dan

(b)

butir-butir maklumat yang diterima daripada orang itu.

(5)

Jika suatu perkongsian liabiliti terhad mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu perubahan telah berlaku terhadap butir-butir pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad yang dinyatakan dalam daftar pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu, perkongsian liabiliti terhad itu hendaklah memberikan notis kepada pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu—

(a)

untuk mengesahkan sama ada perubahan itu telah berlaku atau tidak; dan

Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan)

(b)

jika perubahan itu telah berlaku—

(i)

untuk menyatakan tarikh perubahan itu; dan

(ii)

untuk memberikan butir-butir mengenai perubahan itu.

(6)

Jika suatu perkongsian liabiliti terhad mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa butir-butir pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad yang dinyatakan dalam daftar pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad mungkin tidak betul, perkongsian liabiliti terhad itu hendaklah memberikan notis kepada pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu untuk mengesahkan sama ada butir-butir itu adalah betul, dan jika tidak betul, untuk memberikan butir-butir yang betul.

(7)

Perkongsian liabiliti terhad dan tiap-tiap pekongsi dan pegawai pematuhan yang melanggar subseksyen (1), (2), (3),

(4)

, (5) atau (6) melakukan suatu kesalahan.

(8)

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana notis di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan melainkan jika orang itu membuktikan bahawa maklumat yang diperkatakan itu telah berada dalam milikan perkongsian liabiliti terhad itu atau bahawa kehendak untuk memberikan maklumat itu adalah atas apa-apa sebab lain yang remeh atau menyusahkan.

(9)

Mana-mana orang yang berupa mematuhi mana-mana notis di bawah seksyen ini membuat apa-apa pernyataan yang dia tahu adalah palsu atau dengan melulu membuat apa-apa pernyataan palsu melakukan suatu kesalahan.

Kewajipan pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad untuk memberikan maklumat 20d.  (1)  Seseorang yang mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dia merupakan pemunya benefisial suatu perkongsian liabiliti terhad hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan—

(a)

memberitahu perkongsian liabiliti terhad itu bahawa dia merupakan pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu; dan

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1728

(b)

memberikan maklumat sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Seseorang yang merupakan pemunya benefisial suatu perkongsian liabiliti terhad hendaklah memberitahu perkongsian liabiliti terhad itu mengenai apa-apa perubahan butir-butirnya dalam daftar pemunya benefisial perkongsian liabiliti terhad itu.

(3)

Seseorang yang terhenti menjadi pemunya benefisial suatu perkongsian liabiliti terhad hendaklah memberitahu perkongsian liabiliti terhad itu, secepat yang dapat dilaksanakan, mengenai perubahan itu dengan menyatakan—

(a)

tarikh pemberhentian itu berlaku; dan

(b)

butir-butir pemberhentian itu.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Pengecualian daripada Bahagian ini 20e.  Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta, mengecualikan apa-apa kelas perkongsian liabiliti terhad daripada pemakaian Bahagian ini sama ada tidak bersyarat atau tertakluk kepada apa-apa terma yang boleh dikenakan oleh Menteri, jika perkongsian liabiliti terhad itu tertakluk kepada apa-apa kehendak di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang serupa dengan Bahagian ini.”.

Pindaan seksyen 27