Malaysia legislation
Section 103
Seksyen 103
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 243 dengan seksyen yang berikut:
Quoted provision
Seksyen 243
(a)
mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan
(b)
kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu.
(2)
Pengerusi Suruhanjaya boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Pengerusi Suruhanjaya suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.
(3)
Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan telah dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
Undang-Undang Malaysia 48
Akta A1743
(4)
Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa pelanjutan masa yang boleh diberikan oleh
Pengerusi Suruhanjaya, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(5)
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah seksyen ini—
(a)
tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat; dan
(b)
mana-mana dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Pengerusi
Suruhanjaya, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.
(6)
Semua jumlah wang yang diterima oleh Pengerusi
Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang
Disatukan Persekutuan.”.
Seksyen baharu 244a