Malaysia legislation
Section 109
Seksyen 109
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 250 dengan seksyen yang berikut:
Quoted provision
Seksyen 250
(a)
hendaklah menyediakan—
(i)
suatu senarai kelengkapan, peralatan, bahan, buku, akaun, dokumen, barang, rekod atau benda lain yang disita itu dan hendaklah menandatangani senarai itu; dan
(ii)
suatu notis bertulis mengenai penyitaan itu yang mengandungi alasan bagi penyitaan dan hendaklah menandatangani notis itu; dan
Komunikasi dan Multimedia (Pindaan)
(b)
hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, menyampaikan suatu salinan senarai kelengkapan, peralatan, bahan, buku, akaun, dokumen, barang, rekod atau benda lain yang disita dan notis bertulis mengenai penyitaan itu kepada penghuni premis yang telah digeledah itu, atau kepada ejen atau pekhidmatnya di dalam premis itu.
(2)
Notis bertulis mengenai penyitaan itu tidak perlu disampaikan menurut perenggan (1)(b) jika penyitaan itu dibuat dengan kehadiran orang yang terhadapnya prosiding di bawah Akta ini dicadangkan untuk diambil, atau dengan kehadiran pemunya harta itu atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Jika premis itu tidak dihuni, pegawai diberi kuasa hendaklah menampalkan suatu salinan senarai kelengkapan, peralatan, bahan, buku, akaun, dokumen, barang, rekod atau benda lain yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.”.
Pindaan seksyen 251