Malaysia legislation

Section 10

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PINDAAN) 2025

Seksyen 10

Seksyen baharu 46a

seksyen yang berikut:

“Pengetepian formaliti 46a.  (1)  Walau apa pun seksyen 45 dan 46, Menteri boleh mengetepikan formaliti pendaftaran di bawah suatu lesen kelas dengan membuat perisytiharan di bawah seksyen 13, dan mana-mana orang yang beroperasi di bawah lesen kelas itu hendaklah disifatkan sebagai telah didaftarkan di bawah lesen kelas itu.

(2)

Jika subseksyen (1) terpakai, mana-mana orang boleh beroperasi di bawah lesen kelas yang berkaitan sehingga pembatalan lesen kelas itu atau sehingga Menteri membatalkan pendaftaran orang itu menurut seksyen 48.

(3)

Subseksyen 13(2), (4) dan (5) tidak terpakai bagi perisytiharan di bawah subseksyen (1).”.

Pindaan seksyen 48

Section 10 — AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PINDAAN) 2025