Malaysia legislation

Section 112

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PINDAAN) 2025

Seksyen 112

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 252

seksyen yang berikut:

“Pemeliharaan data komunikasi 252a.  (1)  Jika seorang pegawai polis atau seorang pegawai diberi kuasa berpuas hati bahawa—

(a)

data komunikasi adalah semunasabahnya dikehendaki bagi maksud suatu penyiasatan; dan

(b)

terdapat suatu risiko bahawa data komunikasi itu mungkin dimusnahkan atau menjadi tidak boleh diakses, pegawai polis atau pegawai diberi kuasa boleh, dengan notis bertulis diberikan kepada seseorang yang mempunyai kawalan kepada sistem komunikasi, menghendaki orang itu memastikan data komunikasi yang dinyatakan dalam notis dipelihara bagi tempoh dan dalam cara yang dinyatakan dalam notis bertulis itu.

(2)

Orang yang diberi notis bertulis di bawah subseksyen (1)—

(a)

hendaklah memelihara data komunikasi yang dinyatakan dalam notis itu bagi tempoh dan dalam cara yang dinyatakan dalam notis bertulis itu; dan

(b)

tidak boleh menzahirkan kewujudan dan kandungan notis bertulis itu, tatacara, kaedah, cara atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan pemeliharaan data komunikasi di bawah subseksyen (1) tanpa kebenaran yang sah.

(3)

Seseorang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan.

Undang-Undang Malaysia 54

Akta A1743

Penzahiran data komunikasi yang disimpan 252b.  (1)  Jika pegawai polis atau pegawai diberi kuasa berpuas hati bahawa mana-mana data komunikasi adalah semunasabahnya dikehendaki bagi tujuan suatu penyiasatan terhadap suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, pegawai polis atau pegawai diberi kuasa itu boleh, dengan notis bertulis yang diberikan kepada seseorang yang mempunyai kawalan kepada sistem komunikasi, menghendaki orang itu menzahirkan data komunikasi itu dalam cara yang dinyatakan dalam notis bertulis.

(2)

Orang yang diberi notis bertulis di bawah subseksyen (1)—

(a)

hendaklah menzahirkan data komunikasi itu dalam cara yang dinyatakan dalam notis bertulis itu; dan

(b)

tidak boleh menzahirkan kewujudan dan kandungan notis bertulis itu, tatacara, kaedah, cara atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan penzahiran data komunikasi di bawah subseksyen (1) tanpa kebenaran yang sah.

(3)

Seseorang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan.”.

Penggantian seksyen 253