Malaysia legislation
Section 113
Seksyen 113
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 253 dengan seksyen yang berikut:
Quoted provision
Seksyen 253
Mana-mana orang yang—
(a)
enggan memberi mana-mana pegawai diberi kuasa akses kepada mana-mana premis yang pegawai diberi kuasa itu berhak kepadanya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;
Komunikasi dan Multimedia (Pindaan)
(b)
mengamang, menghalang, menggalang atau melengahkan mana-mana pegawai diberi kuasa dalam membuat apa-apa kemasukan yang pegawai diberi kuasa itu berhak melaksanakan di bawah Akta ini, atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;
(c)
enggan memberi mana-mana pegawai diberi kuasa apa-apa maklumat berhubung dengan suatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat lain yang orang itu ada dalam pengetahuannya atau dalam kuasanya untuk diberikan;
(d)
mengambil balik atau berusaha untuk mengambil balik atau menyebabkan untuk diambil balik apa-apa jua yang telah disita dengan sewajarnya; atau
(e)
memusnahkan apa-apa benda untuk mengelakkannya daripada disita atau didapatkannya, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.”.
Pindaan seksyen 254