Malaysia legislation
Section 119
Seksyen 119
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 268
seksyen yang berikut:
“Menteri boleh membuat kaedah-kaedah mengenai penyimpanan, dll., data komunikasi bagi maksud penyiasatan 268a.
Menteri boleh membuat kaedah-kaedah, yang hendaklah disiarkan dalam Warta, untuk menghendaki mana-mana pemegang lesen atau sesiapa untuk menyimpan dan mengekalkan data komunikasi untuk memudahkan penyiasatan kesalahan.
Kuasa untuk menyatakan bentuk dan cara pengemukaan 268b. Jika di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, perundangan subsidiarinya atau mana-mana surat cara yang dikeluarkan, dibuat atau diberikan di bawah Akta ini mana-mana orang dikehendaki untuk mengemukakan kepada Suruhanjaya apa-apa maklumat, rekod, penyata atau dokumen, Suruhanjaya boleh menyatakan yang maklumat, rekod, penyata atau dokumen itu dikemukakan dalam apa-apa bentuk atau cara dan dalam apa-apa tempoh atau pada apa-apa lat tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.”.