Malaysia legislation

Section 12

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PINDAAN) 2025

Seksyen 12

Pindaan seksyen 51

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“dengan pematuhan atau ketakpatuhan mana-mana syarat lesen, dan termasuklah tetapi tidak terhad kepada remedi sesuatu pelanggaran syarat lesen, dan peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya” dengan perkataan

Komunikasi dan Multimedia (Pindaan)

9

“dengan pematuhan Akta ini, perundangan subsidiarinya, surat cara yang dikeluarkan di bawah Akta ini, mana-mana syarat lesen atau mana-mana syarat-syarat lain yang dikenakan oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini”;

(b)

dalam teks bahasa Inggeris, dalam subseksyen (2), dengan memasukkan sebelum perkataan “required”

perkataan “the”;

(c)

dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan

“mana-mana syarat lesennya dan/atau mana-mana peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya”

dengan perkataan “mana-mana peruntukan Akta ini, perundangan subsidiarinya, mana-mana surat cara yang dikeluarkan di bawah Akta ini, mana-mana syarat lesen atau mana-mana syarat lain yang dikenakan oleh

Suruhanjaya di bawah Akta ini”; dan

(d)

dalam subseksyen (7), dengan memasukkan sebelum perkataan “subseksyen (6)” perkataan “subseksyen (1)

sebagaimana yang diberitahu di bawah”.

Pindaan seksyen 53