Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 73
seksyen yang berikut:
“Pengauditan oleh Suruhanjaya 73a. (1) Suruhanjaya boleh menjalankan suatu audit ke atas mana-mana pemegang lesen atau mana-mana orang lain yang memberi perkhidmatan berkaitan dengan sistem komunikasi
Komunikasi dan Multimedia (Pindaan)
13
mengenai apa-apa perkara di bawah Akta ini, perundangan subsidiarinya, apa-apa surat cara yang dikeluarkan di bawah
Akta ini atau apa-apa maklumat yang diberikan oleh pemegang lesen atau orang lain kepada Suruhanjaya.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), Suruhanjaya boleh memberi kuasa kepada mana-mana pegawai, ejen atau penasihat teknikalnya untuk menjalankan audit itu.
(3)
Dalam menjalankan audit, Suruhanjaya atau mana-mana pegawai diberi kuasa, ejen atau penasihat teknikalnya boleh—
(a)
memasuki premis mana-mana pemegang lesen atau mana-mana orang lain yang memberi perkhidmatan berkaitan dengan sistem komunikasi; dan
(b)
mendapatkan apa-apa maklumat berkenaan dengan pemegang lesen atau mana-mana orang lain yang memberikan perkhidmatan berkaitan dengan sistem komunikasi dan hendaklah diberikan akses kepada maklumat itu sama ada disimpan di dalam komputer atau selainnya.
(4)
Suruhanjaya boleh meminta pemegang lesen atau mana-mana orang lain yang memberikan perkhidmatan berkaitan dengan sistem komunikasi untuk menanggung kos untuk menjalankan suatu audit, sebagaimana yang dianggap perlu.
(5)
Suruhanjaya boleh menentukan pemegang lesen atau mana-mana orang lain yang memberikan perkhidmatan yang berkaitan dengan sistem komunikasi yang akan tertakluk kepada suatu audit.
(6)
Seseorang pemegang lesen atau mana-mana orang lain yang memberikan perkhidmatan yang berkaitan dengan sistem komunikasi yang enggan untuk membantu atau memudahkan, atau menghalang Suruhanjaya, pegawai diberi kuasa, ejen atau penasihat teknikalnya dalam menjalankan sesuatu pengauditan di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan.
(7)
Bagi maksud seksyen ini, “akses” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 249(2).
Undang-Undang Malaysia 14
Akta A1743
Pengauditan bebas 73b. (1) Suruhanjaya boleh pada apa-apa lat tempoh sebagaimana yang ditentukan olehnya, menghendaki mana-mana pemegang lesen untuk melantik dengan kos ditanggung sendiri seorang pakar bebas untuk mengaudit apa-apa perkara di bawah
Akta ini, perundangan subsidiarinya, apa-apa surat cara yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat yang dikemukakan oleh pemegang lesen kepada Suruhanjaya.
(2)
Pengauditan di bawah subseksyen (1) hendaklah dijalankan mengikut mana-mana garis panduan atau arahan di bawah seksyen 51 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini.
(3)
Suruhanjaya boleh menentukan pemegang lesen yang akan tertakluk kepada suatu audit.
(4)
Pemegang lesen hendaklah membuktikan sehingga
Suruhanjaya berpuas hati bahawa pakar bebas yang disebut dalam subseksyen (1) mempunyai kelayakan dan kekompetenan yang perlu.
(5)
Pemegang lesen hendaklah mengemukakan suatu salinan laporan audit itu kepada Suruhanjaya dalam masa yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.
(6)
Seseorang pemegang lesen yang tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan.”.
Penggantian seksyen 74