Malaysia legislation

Section 2

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PINDAAN) 2025

Seksyen 2

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 6—

(a)

dalam takrif “agensi pemerakuan”, dengan memasukkan selepas perkataan “seksyen 186” perkataan “atau 230a”;

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1743

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

(PINDAAN) 2025

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1743

(b)

dengan memasukkan selepas takrif “daftar pendapat”

takrif yang berikut:

‘ “data komunikasi” ertinya apa-apa data yang berhubungan dengan—

(a)

suatu komunikasi dengan menggunakan sistem komunikasi, yang dijana oleh sistem komunikasi itu yang membentuk sebahagian daripada rantaian komunikasi, yang menunjukkan, antara lain, asal, destinasi, geolokasi, laluan, masa, tarikh, saiz, tempoh atau jenis perkhidmatan yang mendasari, komunikasi itu;

(b)

seorang pelanggan perkhidmatan komunikasi dan penggunaan perkhidmatan komunikasi serta produk, perkhidmatan dan aplikasi yang berkaitan, oleh pelanggan tersebut; dan

(c)

apa-apa data lain yang berhubungan dengan komunikasi;’;

(c)

dalam takrif “kemudahan awam”, dengan memasukkan selepas perkataan “perkhidmatan telekomunikasi”

perkataan “, jalur lebar atau kemudahan rangkaian”;

(d)

dalam takrif “memintas”, dengan menggantikan perkataan

“pemerolehan kandungan mana-mana komunikasi dengan cara pendengaran atau selainnya” dengan perkataan

“pemerolehan atau pengeluaran semula atau kedua-duanya kandungan mana-mana komunikasi dengan cara pendengaran atau selainnya”;

(e)

dengan memasukkan selepas takrif “Menteri” takrif yang berikut:

‘ “menyiarkan”, apabila tiada cara dinyatakan, ertinya menyiarkan dalam laman sesawang

Suruhanjaya;’;

Komunikasi dan Multimedia (Pindaan)

(f)

dengan memasukkan selepas takrif “pemberi perkhidmatan aplikasi” takrif yang berikut:

‘ “pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan”

ertinya seseorang yang memberikan perkhidmatan aplikasi kandungan;’;

(g)

dalam takrif “perkhidmatan rangkaian”—

(i)

dengan memotong perkataan “dan/”; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan

“tidak berpandu” perkataan “atau kedua-duanya”;

(h)

dengan memasukkan selepas takrif “perkiraan” takrif yang berikut:

‘ “premis” ertinya apa-apa tapak, yang tidak bergerak atau sebaliknya, sama ada tapak itu dengan atau tanpa kepungan, dan termasuklah kenderaan, kapal udara, kapal dan apa-apa vesel lain;’;

(i)

dengan memasukkan selepas takrif “senarai capaian”

takrif yang berikut:

‘ “sistem komunikasi” ertinya apa-apa peranti atau suatu kumpulan peranti yang saling berhubung atau berkaitan, atau satu atau lebih rangkaian, yang digunakan dalam pemberian perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi;’;

(j)

dalam takrif “surat cara”, dengan memasukkan selepas perkataan “penentuan” perkataan “, suruhan bertulis”;

(k)

dalam teks bahasa Inggeris, dalam takrif “voluntary industry code”, dengan menggantikan noktah dengan koma bernoktah; dan

(l)

dengan memasukkan selepas takrif “surat cara” takrif yang berikut:

‘ “suruhan bertulis” ertinya suruhan bertulis yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 63,

64, 65 dan 73;’.

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1743

Pindaan seksyen 16

Section 2 — AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PINDAAN) 2025