Malaysia legislation

Section 3

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PINDAAN) 2025

Seksyen 3

Seksyen 16 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perenggan (h) perenggan yang berikut:

“(ha) tatacara dan semua perkara yang berkaitan dengan pesanan elektronik komersial tanpa diminta;”;

(b)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “tiga ratus ribu”

dengan perkataan “satu juta”;

(ii)

dengan menggantikan perkataan “tiga tahun”

dengan perkataan “sepuluh tahun”; dan

(iii)

dengan menggantikan perkataan “satu ribu”

dengan perkataan “satu ratus ribu”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Walau apa pun subseksyen (2) dan seksyen 53, peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1), atau apa-apa perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini, boleh menetapkan bahawa

Suruhanjaya boleh mengenakan penalti kewangan tidak melebihi satu juta ringgit bagi ketakpatuhan apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen 51.”.

Seksyen baharu 16a