Malaysia legislation

Section 46

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PINDAAN) 2025

Seksyen 46

Seksyen 127 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Seorang pemegang lesen di bawah Bahagian ini tidak boleh memberikan apa-apa kemudahan atau perkhidmatan kecuali mengikut semua syarat lesen individu yang diberikan kepada pemegang lesen itu di bawah Bahagian ini atau semua syarat lesen kelas yang dengannya pemegang lesen itu tertakluk.”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(4)  Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu arahan di bawah seksyen 51 kepada mana-mana pemegang lesen untuk mematuhi—

(a)

mana–mana syarat yang terpakai bagi lesen individu yang diberikan kepada pemegang lesen itu di bawah Bahagian ini; atau

(b)

mana-mana syarat yang terpakai bagi lesen kelas yang dengannya pemegang lesen itu tertakluk.

Komunikasi dan Multimedia (Pindaan)

(5)

Walau apa pun seksyen 53, Suruhanjaya boleh mengenakan penalti kewangan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atas seseorang pemegang lesen yang tidak mematuhi suatu arahan di bawah subseksyen (4).”.

Pindaan seksyen 145

Section 46 — AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PINDAAN) 2025