Malaysia legislation

Section 61

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PINDAAN) 2025

Seksyen 61

Pindaan seksyen 180

(a)

dalam perenggan (2)(g), dengan memasukkan sebelum perkataan “kadar” perkataan “fi atau”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(4)  Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, mengubah suai, mengubah atau membatalkan rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik dan menyiarkan pengubahsuaian, perubahan atau pembatalan itu.

Undang-Undang Malaysia 28

Akta A1743

(5)

Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu arahan di bawah seksyen 51 kepada mana-mana orang untuk mematuhi apa-apa rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik.

(6)

Walau apa pun seksyen 53, Suruhanjaya boleh mengenakan penalti kewangan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atas mana-mana orang yang tidak mematuhi suatu arahan Suruhanjaya di bawah subseksyen (5).”.

Pindaan seksyen 182

Section 61 — AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PINDAAN) 2025