Malaysia legislation

Section 76

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PINDAAN) 2025

Seksyen 76

Seksyen 205 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Tertakluk kepada apa-apa pengecualian yang boleh ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, tiada seorang pun boleh memberikan suatu perkhidmatan aplikasi kandungan kecuali di bawah dan mengikut terma dan syarat—

(a)

suatu lesen individu yang sah yang diberikan di bawah Akta ini; atau

(b)

suatu lesen kelas yang sah yang diberikan di bawah Akta ini, yang secara nyata memberi kuasa bagi pemberian perkhidmatan aplikasi kandungan.”; dan

Komunikasi dan Multimedia (Pindaan)

(b)

dalam subseksyen (3)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “lima ratus ribu”

dengan perkataan “satu juta”;

(ii)

dengan menggantikan perkataan “lima tahun”

dengan perkataan “sepuluh tahun”; dan

(iii)

dengan menggantikan perkataan “satu ribu”

dengan perkataan “satu ratus ribu”.

Pindaan seksyen 206