Malaysia legislation
Section 77
Seksyen 77
Seksyen 206 Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Seseorang pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan tidaklah boleh memberikan apa-apa perkhidmatan kecuali mengikut semua syarat lesen individu yang diberikan kepada pemegang lesen itu di bawah Bab ini atau semua syarat lesen kelas yang kepadanya pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan sedemikian tertakluk.”; dan
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(4) Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu arahan di bawah seksyen 51 kepada mana-mana pemegang lesen yang memberi perkhidmatan aplikasi kandungan untuk mematuhi—
(a)
mana-mana syarat lesen yang terpakai dalam lesen individu yang diberikan kepada pemegang lesen itu di bawah Bab ini; atau
(b)
mana-mana syarat lesen yang terpakai dalam lesen kelas yang dengannya pemegang lesen itu adalah tertakluk.
Undang-Undang Malaysia 34
Akta A1743
(5)
Walau apa pun seksyen 53, Suruhanjaya boleh mengenakan penalti kewangan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atas seseorang pemegang lesen yang tidak mematuhi suatu arahan di bawah subseksyen (4).”.
Pindaan seksyen 208