Malaysia legislation

Section 81

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PINDAAN) 2025

Seksyen 81

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 211

seksyen yang berikut:

“Penggantungan perkhidmatan aplikasi kandungan 211a.  Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu arahan di bawah seksyen 51 untuk mengarahkan suatu pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan untuk menggantung perkhidmatannya bagi

Undang-Undang Malaysia 36

Akta A1743

tempoh yang dinyatakan dalam arahan itu, dalam mana-mana satu hal keadaan yang berikut:

(a)

pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan itu telah melanggar mana-mana peruntukan Bab 2 Bahagian IX;

(b)

pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan itu telah melanggar mana-mana syarat lesen individu atau lesen kelas yang berhubungan dengan kandungan;

atau

(c)

pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan itu tidak mematuhi mana-mana surat cara yang dikeluarkan, dibuat atau diberikan oleh Menteri atau Suruhanjaya yang berhubungan dengan kandungan.”.

Pindaan seksyen 212

Section 81 — AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PINDAAN) 2025