Malaysia legislation

Section 88

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PINDAAN) 2025

Seksyen 88

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bab I dalam

Bahagian X bab yang berikut:

“Bab 1a

Keselamatan Rangkaian

Agensi pemerakuan 230a.  Suruhanjaya boleh mendaftarkan agensi pemerakuan atau kelas agensi pemerakuan, termasuk agensi di luar Malaysia, bagi maksud memperakui pematuhan peraturan-peraturan atau standard berhubung dengan keselamatan rangkaian di bawah Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 38

Akta A1743

Langkah dan kehendak keselamatan rangkaian 230b.  (1)  Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa ada keperluan untuk mencegah, mengesan, atau bertindak balas terhadap mana-mana risiko keselamatan rangkaian, Suruhanjaya boleh, melalui notis bertulis, menyuruh mana-mana orang untuk mengambil langkah atau mematuhi kehendak sebagaimana yang perlu untuk mencegah, mengesan, atau bertindak balas terhadap, risiko itu.

(2)

Mana-mana orang yang disuruh oleh Suruhanjaya, di bawah subseksyen (1), yang tanpa alasan yang munasabah tidak mengambil apa-apa langkah atau mematuhi notis bertulis yang diberikan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “risiko keselamatan rangkaian”

ertinya apa-apa risiko atau ancaman, jika dieksploitasikan atau tidak dikurangkan, boleh menimbulkan risiko kerosakan atau gangguan yang ketara kepada operasi apa-apa kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi.”.

Pindaan seksyen 231