Malaysia legislation
Section 91
Seksyen 91
Seksyen 233 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam perenggan 1(a)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “jelik” dengan perkataan “jelik melampau”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan “atau mengganggu orang lain” dengan perkataan “, mengganggu atau melakukan suatu kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan kepada, mana-mana orang”;
(b)
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.”;
(c)
dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Walau apa pun subseksyen (2), jika kesalahan di bawah perenggan (1)(a) dilakukan terhadap kanak-kanak yang berumur di bawah lapan belas tahun, orang yang melakukan kesalahan itu boleh, apabila disabitkan,
Undang-Undang Malaysia 40
Akta A1743
didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan.
Huraian 1 — Kandungan lucah boleh melibatkan kandungan yang menimbulkan rasa jijik kerana gambarannya yang memberahikan yang boleh menyinggung tanggapan adab seseorang berhubung dengan kesopanan dan kehormatan, mempunyai kemungkinan akan mendatangkan pengaruh negatif dan merosakkan pemikiran mereka yang mudah dipengaruhi.
Berhubung dengan kanak-kanak, kandungan lucah termasuk tetapi tidak terhad kepada pengantunan seksual kanak-kanak, penghinaan seksual dengan memaparkan gambaran mana-mana individu untuk hanya dilihat sebagai objek seks atau untuk merendahkan maruah, mengeksploitasi atau mendiskriminasi mereka, pemaparan seks atau pornografi termasuklah rogol, percubaan merogol terhadap kanak-kanak, seks bersifat kebinatangan, sama ada ia dipersetujui ataupun sebaliknya.
Huraian 2 — Kandungan sumbang boleh melibatkan kandungan yang bersifat tidak senonoh, tingkah laku yang tidak sopan dan bertentangan dengan kelakuan yang diterima umum, adat dan budaya. Kandungan yang memaparkan bahagian sulit tubuh badan yang berasaskan seni, maklumat atau sains yang tidak melampau, adalah tidak sumbang. Berhubung dengan kanak-kanak, kandungan sumbang termasuk tetapi tidak terhad kepada kandungan berkenaan kanak-kanak yang bersifat tidak senonoh, tingkah laku yang tidak sopan dan tidak sesuai untuk kanak-kanak menurut pertimbangan orang dewasa yang munasabah.
Huraian 3 — Kandungan yang memaparkan bahagian sulit yang berasaskan seni, maklumat atau sains yang tidak melampau seperti pendidikan seksual atau bidang anatomi, adalah tidak lucah atau sumbang.
Huraian 4 — Kandungan palsu boleh melibatkan kandungan atau maklumat yang tidak benar, mengelirukan, tidak lengkap atau mengada-adakan perkara yang tidak wujud. Kandungan berbentuk satira dan parodi atau dalam keadaan yang jelas bahawa ia ialah fiksyen, adalah tidak palsu.
Komunikasi dan Multimedia (Pindaan)
41
Huraian 5 — Kandungan mengancam boleh melibatkan kandungan yang menyebabkan gangguan, ancaman kecederaan dan kejahatan, menggalakkan dan mendorong kepada perbuatan jenayah atau menjurus kepada ketidaktenteraman awam.
Berhubung dengan kanak-kanak, kandungan mengancam termasuk tetapi tidak terhad kepada—
(a)
kandungan yang boleh menimbulkan gangguan emosi, seperti paparan kematian yang mengerikan dan keganasan rumah tangga; atau
(b)
kandungan yang boleh menyebabkan kanak-kanak meniru perbuatan yang dipaparkan tersebut, seperti kandungan yang mempunyai kecenderungan bunuh diri, aksi fizikal yang berbahaya, aksi jenayah di jalanan, ataupun penggunaan dadah.
Huraian 6 — Kandungan jelik melampau boleh termasuk kandungan yang memaki dan tidak senonoh yang menyinggung perasaan ramai pihak termasuk rujukan yang kasar, ucapan bernada kebencian dan keganasan seperti yang berikut:
(a)
rujukan yang kasar ialah perkataan yang lucah, menyinggung perasaan, kasar atau tidak senonoh.
Namun, penggunaan perkataan sedemikian dalam konteks yang membawa maksud maknanya yang biasa dan bukan bertujuan untuk digunakan sebagai bahasa yang kasar adalah tidak jelik melampau;
(b)
ucapan bernada kebencian yang merujuk mana-mana perkataan, visual, audio dan isyarat yang menghina atau menjatuhkan maruah seseorang adalah jelik melampau;
(c)
pemaparan keganasan dalam laporan berita berdasarkan etika kewartawanan adalah tidak jelik melampau.
Berhubung dengan kanak-kanak, kandungan yang memaparkan adegan keganasan yang digambarkan dalam konteks kemanusiaan atau bagi tujuan perkembangan watak dan plot, adalah tidak jelik melampau; atau
(d)
apa-apa komunikasi yang dibuat dengan suci hati adalah tidak jelik melampau setakat mana komunikasi tersebut terdiri daripada pernyataan fakta, adalah benar pada isi dan fakta, dan terdiri daripada pernyataan pendapat.”; dan
Undang-Undang Malaysia 42
Akta A1743
(d)
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(4) Seseorang yang secara sedar—
(a)
dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau
(b)
membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalannya untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a), melakukan suatu kesalahan.
(5)
Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (4) boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya sepuluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan.”.
Seksyen baharu 233a