Malaysia legislation
Section 96
Seksyen 96
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 236
seksyen yang berikut:
“Hak tindakan persendirian bagi pelanggaran seksyen 235
atau 236 236a. (1) Mana-mana orang yang mengalami kerugian atau kerosakan secara langsung akibat suatu pelanggaran seksyen 235
atau 236 oleh orang lain hendaklah mempunyai hak tindakan bagi relief dalam prosiding sivil dalam mahkamah di bawah seksyen ini terhadap mana-mana orang yang atau pada masa material itu menjadi suatu pihak kepada pelanggaran itu, sama ada atau tidak orang lain itu telah didakwa untuk suatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran itu atau, sama ada atau tidak suatu pelanggaran telah dibuktikan dalam pendakwaan.
(2)
Seksyen ini tidak akan menyentuh apa-apa tanggungan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain berkenaan dengan pelakuan yang menjadi pelanggaran itu.”.
Pindaan seksyen 237