Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
Jadual Kedua kepada Perlembagaan Persekutuan dipinda—
(a)
dalam Bahagian II—
(i)
dalam seksyen 1—
(A)
dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “seorang warganegara atau bermastautin secara tetap di Persekutuan”
dengan perkataan “seorang warganegara”;
Perlembagaan (Pindaan)
7
dalam perenggan (b)—
(AA) dengan menggantikan perkataan
“yang bapanya” dengan perkataan
“dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya”; dan
(BB) dengan memasukkan selepas perkataan “sesuatu Negeri” perkataan
“dan dalam masa satu tahun selepas kelahiran itu berlaku atau dalam masa apa-apa tempoh yang lebih lanjut sebagaimana yang dibenarkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam mana-mana hal tertentu, kelahiran itu didaftarkan di suatu konsulat Persekutuan atau dengan
Kerajaan Persekutuan”;
(C)
dalam perenggan (c)—
(AA) dengan menggantikan perkataan
“yang bapanya” dengan perkataan
“dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya”; dan
(BB) dengan memotong perkataan
“di Brunei atau”; dan
(D)
dengan memotong perenggan (d);
(ii)
dalam seksyen 2—
(A)
dalam subseksyen (1), dengan memotong perkataan “, (d)”; dan dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “bapanya” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “ibu atau bapanya”; dan 8
Undang-Undang Malaysia
Akta A1752
(iii)
dengan memasukkan selepas seksyen 2
seksyen yang berikut:
“3. (1) Seseorang yang merupakan seorang warganegara menurut kuasa perenggan (b) atau (c)
seksyen 1 hendaklah, dalam masa empat puluh lapan bulan selepas dia mencapai umur lapan belas tahun, mengangkat sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
(2)
Jika seseorang warganegara yang disebut dalam subseksyen (1) tidak mengangkat sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Pertama apabila mencapai umur dua puluh dua tahun, dia hendaklah terhenti menjadi warganegara.
(3)
Seseorang kanak-kanak yang dilahirkan di luar
Persekutuan, daripada seorang warganegara menurut kuasa perenggan (c) seksyen 1 dan tidak bermastautin di Persekutuan, bukanlah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang dan orang itu boleh membuat permohonan bagi anaknya untuk menjadi warganegara melalui pendaftaran.”; dan
(b)
dalam Bahagian III—
(i)
dalam seksyen 9, dengan menggantikan perkataan
“dua puluh satu tahun” dengan perkataan
“lapan belas tahun”;
(ii)
dalam seksyen 19—
(A)
dengan menggantikan perkataan “bapa”
di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
“ibu atau bapa”;
dengan menggantikan perkataan “bapanya”
dengan perkataan “ibu atau bapanya”;
(C)
d en gan menggantikan perkataan
“kematian bapa itu” dengan perkataan
“kematian ibu atau bapanya itu”; dan
Perlembagaan (Pindaan)
(D)
dengan menggantikan perkataan “sekiranya dia mati selepas Hari Merdeka hendaklah disifatkan sebagai taraf atau perihalan yang terpakai baginya pada masa kematiannya”
dengan perkataan “sekiranya ibu atau bapanya mati selepas Hari Merdeka hendaklah disifatkan sebagai taraf atau perihalan yang terpakai bagi ibu atau bapanya pada masa kematian ibu atau bapanya; dan
(iii)
dalam seksyen 19b, dengan menggantikan perkataan
“ibunya bermastautin secara tetap di tempat itu”
dengan perkataan “ibunya ialah seorang warganegara”.
Kecualian