Malaysia legislation

Section 11

of AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2025

Seksyen 11

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 40o bahagian yang berikut:

“Bahagian IVb

PERKONGSIAN GUAMAN LIABILITI TERHAD

Tafsiran 40p.

Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“pegawai pematuhan” ertinya pegawai pematuhan yang dilantik di bawah seksyen 27 Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012;

“Pendaftar” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012;

“perjanjian perkongsian liabiliti terhad” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perkongsian Liabiliti

Terhad 2012.

Permohonan bagi kelulusan untuk menubuhkan perkongsian guaman liabiliti terhad, dsb.

Quoted provision

Seksyen 40q

Seseorang peguam bela dan peguam cara yang berhasrat untuk menubuhkan suatu perkongsian guaman liabiliti terhad atau menukar firma sedia ada kepada suatu perkongsian guaman liabiliti terhad bagi maksud menjalankan amalan peguam bela dan peguam cara hendaklah memohon kepada Majlis Peguam bagi kelulusan—

(a)

penubuhan suatu perkongsian guaman liabiliti terhad;

atau

(b)

penukaran firma sedia ada kepada suatu perkongsian guaman liabiliti terhad; dan

(c)

nama yang dicadangkan bagi perkongsian guaman liabiliti terhad itu.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1755

Kelulusan bagi penubuhan atau penukaran kepada perkongsian guaman liabiliti terhad 40r.  (1)  Apabila permohonan di bawah seksyen 40q diterima,

Majlis Peguam boleh meluluskan penubuhan suatu perkongsian guaman liabiliti terhad atau penukaran suatu firma sedia ada kepada suatu perkongsian guaman liabiliti terhad.

(2)

Suatu perkongsian guaman liabiliti terhad yang diluluskan di bawah subseksyen (1) tidak boleh diiktiraf sebagai suatu perkongsian guaman liabiliti terhad di bawah Akta ini sehingga perkongsian guaman liabiliti terhad itu didaftarkan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 sebagai suatu perkongsian liabiliti terhad dan namanya dimasukkan dalam daftar di bawah subseksyen 40z(2).

Kelulusan bagi nama perkongsian guaman liabiliti terhad 40s.  (1)  Bagi maksud permohonan di bawah perenggan 40q(c),

Majlis Peguam boleh meluluskan nama perkongsian guaman liabiliti terhad yang dicadangkan—

(a)

dalam hal suatu penukaran daripada firma sedia ada kepada suatu perkongsian guaman liabiliti terhad, jika nama itu—

(i)

adalah nama yang sama dengan firma sedia ada dengan perkataan tambahan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 13(1)

Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012; dan

(ii)

tidak berkemungkinan dikelirukan dengan nama mana-mana perkongsian guaman liabiliti terhad atau firma sedia ada; atau

(b)

dalam hal penubuhan perkongsian guaman liabiliti terhad yang baharu, jika nama itu—

(i)

tidak mengelirukan;

(ii)

tidak berkemungkinan dikelirukan dengan nama mana-mana perkongsian guaman liabiliti terhad atau firma sedia ada; dan

Profesion Undang-Undang (Pindaan)

(iii)

tidak bertentangan dengan martabat profesion undang-undang.

(2)

Nama suatu perkongsian guaman liabiliti terhad yang telah diluluskan itu tidak boleh ditukar atau diubah melainkan dengan kelulusan Majlis Peguam secara bertulis tertakluk kepada kehendak yang sama di bawah perenggan (1)(b).

Hak dan kewajipan perkongsian guaman liabiliti terhad 40t.  (1)  Suatu perkongsian guaman liabiliti terhad boleh melakukan apa-apa perkara yang peguam bela dan peguam cara boleh lakukan di sisi undang-undang dan hendaklah melakukan semua perkara yang peguam bela dan peguam cara perlu lakukan di sisi undang-undang.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), suatu perkongsian guaman liabiliti terhad tidak boleh melakukan apa-apa perkara yang hanya boleh dilakukan oleh peguam bela dan peguam cara sebagai orang sebenar.

Kesan penukaran kepada perkongsian guaman liabiliti terhad 40u.  Tanpa menjejaskan seksyen 33 Akta Perkongsian Liabiliti

Terhad 2012, selepas penukaran suatu firma kepada suatu perkongsian guaman liabiliti terhad—

(a)

semua orang yang telah mengguna khidmat atau sedang mengguna khidmat firma itu berkaitan dengan amalannya sebagai seorang peguam bela dan peguam cara hendaklah disifatkan sebagai orang yang telah mengguna khidmat atau sedang mengguna khidmat perkongsian guaman liabiliti terhad itu berkaitan dengan amalannya sebagai seorang peguam bela dan peguam cara tanpa memerlukan persetujuan daripada atau pemberitahuan kepada mana-mana orang yang mengguna khidmat itu atau mana-mana orang lain dan tanpa jaminan, tindakan atau surat ikatan selanjutnya;

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1755

(b)

semua aset dan harta yang dipegang oleh firma itu, sama ada secara berseorangan atau bersesama dengan mana-mana orang lain, bagi atau yang berkaitan dengan amalannya sebagai seorang peguam bela dan peguam cara, sama ada bagi mana-mana orang itu atau selainnya, hendaklah terletak hak pada perkongsian guaman liabiliti terhad itu tertakluk kepada amanah atau perkiraaan lain sebagaimana yang terpakai pada firma itu;

(c)

semua dokumen, rekod, barang atau benda yang dipegang oleh atau untuk, atau dalam milikan, firma itu hendaklah disifatkan sebagai dipegang oleh atau untuk, atau dalam milikan, perkongsian guaman liabiliti terhad itu;

(d)

apa-apa lien atau cagaran lain yang dipegang oleh firma itu, sama ada secara berseorangan atau bersesama dengan mana-mana orang lain untuk manfaatnya sendiri atau sebagai penama atau pemegang amanah, hendaklah disifatkan sebagai dipegang oleh perkongsian guaman liabiliti terhad itu;

(e)

apa-apa aku janji, persetujuan, surat kuasa wakil, arahan, perintah, mandat, kuasa atau surat cara lain yang wujud, sama ada melalui surat ikatan atau selainnya, yang dibuat oleh, diberikan oleh atau kepada, atau dibuat untuk faedah, firma itu bagi atau yang berkaitan dengan amalannya sebagai seorang peguam bela dan peguam cara hendaklah disifatkan sebagai dibuat oleh, diberikan oleh atau kepada, atau dibuat untuk faedah, perkongsian guaman liabiliti terhad itu;

(f)

apa-apa akaun antara firma itu dengan orang yang mengguna khidmat atau yang telah mengguna khidmat firma itu atau selainnya bagi atau yang berkaitan dengan amalannya sebagai seorang peguam bela dan peguam cara hendaklah disifatkan sebagai menjadi suatu akaun antara perkongsian guaman liabiliti terhad itu dengan orang itu tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang terpakai pada akaun itu dengan firma itu; dan

Profesion Undang-Undang (Pindaan)

(g)

apa-apa pemfailan atau surat-menyurat atau perkara dengan atau yang melibatkan mana-mana pejabat pendaftaran, mahkamah, tribunal, pihak berkuasa cukai atau hasil, bursa saham atau mana-mana pihak berkuasa kerajaan, pihak berkuasa awam atau pihak berkuasa pengawal selia yang dibuat oleh firma itu atau seseorang peguam bela dan peguam cara firma itu bagi atau yang berkaitan dengan amalannya sebagai seorang peguam bela dan peguam cara hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat oleh atau dengan perkongsian guaman liabiliti terhad itu.

Hubungan antara klien dengan perkongsian guaman liabiliti terhad 40v.  Suatu perkongsian guaman liabiliti terhad hendaklah mempunyai hak dan tertakluk kepada kehendak fidusiari, kerahsiaan dan etika yang berkenaan dengan setiap klien perkongsian guaman liabiliti terhad sama dengan hak dan kehendak fidusiari, kerahsiaan dan etika yang sedia ada di sisi undang-undang yang berkenaan dengan peguam bela dan peguam cara dengan kliennya.

Standard kelakuan 40 w.

Seorang pekongsi, perunding atau pekerja perkongsian guaman liabiliti terhad yang merupakan seorang peguam bela dan peguam cara yang menyediakan perkhidmatan yang hanya boleh diberikan oleh peguam bela dan peguam cara di bawah Akta ini adalah tertakluk kepada standard kelakuan dan kecekapan yang sama yang berkenaan dengan perkhidmatan sedemikian seolah-olah dia sendiri menyediakan perkhidmatan itu sebagai seorang peguam bela dan peguam cara dalam suatu firma.

Pemberhentian amalan peguam bela dan peguam cara 40x.  (1)  Suatu perkongsian guaman liabiliti terhad tidak boleh menjalankan amalan peguam bela dan peguam cara jika pada bila-bila masa mana-mana pekongsi perkongsian guaman liabiliti terhad itu bukan seorang peguam bela dan peguam cara yang menjalankan amalan.

Undang-Undang Malaysia 12

Akta A1755

(2)

Jika suatu perkongsian guaman liabiliti terhad menjalankan perniagaan yang melanggar subseksyen (1)—

(a)

perkongsian guaman liabiliti terhad itu; dan

(b)

orang yang merupakan pekongsi sepanjang tempoh perkongsian guaman liabiliti terhad itu menjalankan perniagaan sedemikian dan mengetahui hakikat bahawa perkongsian guaman liabiliti terhad itu menjalankan perniagaan yang melanggar subseksyen (1), melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Penggulungan perkongsian guaman liabiliti terhad 40y.  (1)  Walau apa pun seksyen 49 Akta Perkongsian Liabiliti

Terhad 2012, Mahkamah Tinggi boleh, apabila permohonan dibuat oleh Majlis Peguam, memerintahkan penggulungan suatu perkongsian guaman liabiliti terhad di bawah Akta Perkongsian

Liabiliti Terhad 2012 atas mana-mana alasan yang berikut:

(a)

perkongsian guaman liabiliti terhad itu tidak mematuhi kehendak Akta ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 40zd yang berhubungan dengan perkongsian guaman liabiliti terhad; atau

(b)

amalan perkongsian guaman liabiliti terhad itu telah dikendalikan dengan cara yang tidak bersesuaian dengan martabat profesion undang-undang.

(2)

Penggulungan suatu perkongsian guaman liabiliti terhad di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 hendaklah tanpa menjejaskan—

(a)

apa-apa hak untuk memulakan prosiding tatatertib terhadap seseorang peguam bela dan peguam cara yang menjalankan amalan di bawah perkongsian guaman liabiliti terhad; atau

(b)

apa-apa hak Majlis Peguam atau Jawatankuasa Badan

Peguam Negeri untuk melaksanakan apa-apa hak atau kuasa di bawah Akta ini.

Profesion Undang-Undang (Pindaan)

13

Daftar perkongsian guaman liabiliti terhad 40z.  (1)  Majlis Peguam hendaklah—

(a)

menyimpan dan menyenggara suatu daftar bagi perkongsian guaman liabiliti terhad yang diluluskan di bawah seksyen 40r dalam bentuk dan cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis Peguam dan mempunyai jagaan terhadap daftar dan semua dokumen yang berhubungan dengannya; dan

(b)

membenarkan mana-mana orang memeriksa daftar yang disebut dalam perenggan (a) dengan cara yang difikirkan patut oleh Majlis Peguam.

(2)

Majlis Peguam hendaklah memasukkan nama suatu perkongsian guaman liabiliti terhad yang diluluskan di bawah seksyen 40r ke dalam daftar.

(3)

Majlis Peguam hendaklah mengeluarkan atau memotong nama suatu perkongsian guaman liabiliti terhad yang telah berhenti menjalankan amalan peguam bela dan peguam cara atau yang telah digulungkan daripada daftar.

(4)

Walau apa pun subseksyen (3), Majlis Peguam boleh memasukkan semula nama perkongsian guaman liabiliti terhad itu ke dalam daftar bagi maksud membolehkan Majlis Peguam atau mana-mana Jawatankuasa Badan Peguam Negeri atau mana-mana orang lain untuk melaksanakan apa-apa hak atau kuasa berhubung dengan perkongsian guaman liabiliti terhad itu di bawah Akta ini bagi atau yang berkaitan dengan—

(a)

amalan profesional, kesopanan, kelakuan dan tatatertib peguam bela dan peguam cara dan kerani di bawah

Bahagian VI atau prosiding tatatertib di bawah

Section 11 — AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2025