Malaysia legislation
Section 124
Seksyen 124
(2)
Bil kos di bawah subseksyen (1)—
(a)
hendaklah ditandatangani—
(i)
oleh peguam bela dan peguam cara itu;
(ii)
dalam hal perkongsian atau perkongsian guaman liabiliti terhad, oleh mana-mana pekongsinya, sama ada dengan namanya sendiri atau dengan nama atau gelaran perkongsian itu atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu;
atau
(iii)
oleh peguam bela dan peguam cara lain yang diguna khidmat oleh peguam bela dan peguam cara yang disebut dalam subperenggan (i)
atau oleh perkongsian itu atau perkongsian guaman liabiliti terhad yang disebut dalam subperenggan (ii); atau
(b)
hendaklah dilampirkan dalam atau disertakan dengan, suatu surat yang ditandatangani oleh orang yang disebut dalam perenggan (a), yang merujuk kepada bil kos itu.
(3)
Jika suatu bil kos telah diserahkan mengikut subseksyen (1), bil kos itu hendaklah dianggap bil kos bona fide yang mematuhi Akta ini sehingga dibuktikan sebaliknya.”.
Undang-Undang Malaysia 52
Akta A1755
Penggantian seksyen 125