Malaysia legislation

Section 125

of AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2025

Seksyen 125

Mahkamah boleh membenarkan, sebelum tamat tiga puluh hari dari tarikh penyerahan bil kos itu, seseorang peguam bela dan peguam cara atau sesuatu perkongsian guaman liabiliti terhad memulakan tindakan untuk mendapatkan kembali kos dan juga merujukkan bil kos itu untuk ditetapkan oleh

Pendaftar jika terdapat bukti bahawa mana-mana pihak yang ke atasnya kena dipertanggungkan bil itu—

(a)

berniat untuk meninggalkan Malaysia;

(b)

mempunyai perintah kebankrapan yang dibuat terhadapnya;

(c)

mempunyai persetujuan yang telah dicapai dengan pemiutangnya; atau

(d)

telah mengambil apa-apa langkah lain atau melakukan apa-apa perbuatan lain yang pada pendapat mahkamah mungkin mengecewakan atau melengahkan peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu memperoleh bayaran.”.

Pindaan seksyen 126