Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 76
bahagian yang berikut:
“Bahagian Va
PUSAT BANTUAN GUAMAN MAJLIS PEGUAM
Tafsiran 76a.
Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“bantuan guaman” ertinya perkhidmatan guaman yang disediakan oleh Pusat kepada seseorang yang dibantu, termasuk mewakili orang yang dibantu dalam apa-apa prosiding;
“orang yang dibantu” ertinya orang yang memenuhi ujian kemampuan dan menerima bantuan guaman di bawah Bahagian ini;
“Pengarah” ertinya Pengarah Pusat Bantuan Guaman yang dilantik di bawah seksyen 76f;
“penjaga” berhubung dengan seseorang kanak-kanak, termasuklah mana-mana orang yang, pada pendapat Pengarah, dilantik dengan sepatutnya untuk menjadi sahabat wakil atau penjaga ad litem kanak-kanak itu;
Undang-Undang Malaysia 16
Akta A1755
“Pusat” ertinya Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam di bawah seksyen 76b;
“Sijil Bantuan Guaman” ertinya suatu sijil yang difailkan di mahkamah di bawah seksyen 76i;
“ujian kemampuan” ertinya ujian, yang dijalankan oleh
Majlis Peguam, untuk menentukan kelayakan seseorang bagi bantuan guaman.
Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam 76b. (1) Majlis Peguam hendaklah mentadbir suatu pusat yang dikenali sebagai “Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam”
dengan satu atau lebih cawangan dalam setiap Negeri bagi maksud menjalankan fungsi di bawah seksyen 76c.
(2)
Pusat itu hendaklah bertanggungjawab kepada Majlis
Peguam, dan hendaklah—
(a)
mengemukakan kepada Majlis Peguam laporan aktivitinya, akaun tahunannya yang diaudit oleh juruaudit Majlis Peguam dan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Majlis Peguam;
dan
(b)
menyebabkan laporan audit tahunannya dibentangkan di mesyuarat agung tahunan Badan Peguam Malaysia.
Fungsi Pusat 76c. (1) Pusat hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
(a)
untuk menyediakan bantuan guaman kepada orang yang dibantu;
(b)
untuk menggalakkan kecelikan undang-undang dengan cara yang ditentukan dan diluluskan oleh Majlis
Peguam;
(c)
untuk membantu orang awam dalam perkara yang berhubungan dengan keadilan;
Profesion Undang-Undang (Pindaan)
(d)
untuk mengguna khidmat ahli Badan Peguam Malaysia dalam melaksanakan fungsinya;
(e)
untuk menubuhkan mana-mana cawangan di seluruh
Malaysia dengan kerjasama Jawatankuasa Badan
Peguam Negeri yang berkenaan;
(f)
untuk menyenggara akaun klien bagi mana-mana orang yang dibantu, mengikut apa-apa kaedah yang dibuat menurut seksyen 76m;
(g)
untuk menjalankan apa-apa aktiviti yang berkenaan dengan, atau berkaitan dengan, pelaksanaan fungsinya;
(h)
untuk menerima, sebagai balasan perkhidmatan yang diberikan olehnya, apa-apa fi atau perbelanjaan atau sumbangan daripada orang yang dibantu, atau apa-apa pembayaran kos yang mungkin diawardkan kepada orang yang dibantu, mengikut kaedah-kaedah yang dibuat oleh Majlis Peguam; dan
(i)
untuk menubuhkan jawatankuasa dan jawatankuasa kecil sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi pelaksanaan fungsinya.
(2)
Walau apa pun perenggan (1)(a), Majlis Peguam boleh dalam hal keadaan khas, mengarahkan Pusat untuk menyediakan bantuan guaman kepada mana-mana orang yang tidak memenuhi ujian kemampuan.
Pejabat utama Pusat 76d.
Pejabat utama Pusat hendaklah terletak di tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis Peguam.
Cawangan Pusat 76e. (1) Jika Pusat menubuhkan suatu cawangan dalam mana-mana negeri di luar pejabat utamanya, cawangan itu hendaklah diurus dan ditadbir oleh Pusat, dengan bantuan
Jawatankuasa Badan Peguam Negeri yang berkenaan.
Undang-Undang Malaysia 18
Akta A1755
(2)
Majlis Peguam hendaklah mewakilkan kuasanya, sebagaimana yang difikirkannya perlu, kepada Jawatankuasa
Badan Peguam Negeri yang berkenaan bagi maksud pentadbiran cawangan Pusat.
(3)
Mana-mana cawangan Pusat hendaklah juga bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Badan Peguam Negeri yang berkenaan.
Pelantikan Pengarah dan kakitangan Pusat 76f. (1) Majlis Peguam boleh mengambil kerja dan menyara mana-mana peguam bela dan peguam cara atau orang yang layak dan sesuai untuk menjadi Pengarah yang bertanggungjawab—
(a)
bagi pengurusan dan pentadbiran harian Pusat dan aktivitinya;
(b)
bagi penyediaan program dan projek dalam melaksanakan fungsi Pusat untuk pertimbangan dan kelulusan Majlis
Peguam; dan
(c)
untuk melaksanakan semua arahan Majlis Peguam.
(2)
Majlis Peguam boleh mengambil kerja dan menyara mana-mana orang yang layak dan sesuai untuk menjadi kakitangan Pusat untuk membantu Pengarah dalam melaksanakan fungsi Pusat.
Permohonan bagi bantuan guaman 76g. (1) Mana-mana orang sama ada atas haknya sendiri atau atas sifatnya sebagai wakil yang berkehendakkan bantuan guaman diberikan di bawah Bahagian ini hendaklah membuat permohonan kepada Pusat.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), pemohon hendaklah mengemukakan maklumat yang lengkap, benar dan tepat dalam permohonan itu.
Profesion Undang-Undang (Pindaan)
19
Memorandum Pemberitahuan 76h. (1) Pusat hendaklah, apabila menerima permohonan di bawah seksyen 76g, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, memberitahu mana-mana pihak yang berkaitan dan memfailkan Memorandum
Pemberitahuan dalam Borang 1 Jadual Kedua di mahkamah yang di dalamnya prosiding telah dimulakan.
(2)
Sekiranya suatu Memorandum Pemberitahuan difailkan di bawah subseksyen (1), semua prosiding hendaklah, melainkan jika diperintahkan sebaliknya oleh mahkamah yang di dalamnya prosiding itu belum selesai, digantung bagi suatu tempoh tidak melebihi dua puluh satu hari untuk membolehkan siasatan dibuat oleh Pusat mengenai kelayakan pemohon bagi bantuan guaman sebelum Sijil Bantuan Guaman dikeluarkan.
(3)
Walau apa pun subseksyen (2), pemfailan Memorandum
Pemberitahuan tidak boleh menjejaskan—
(a)
pembuatan suatu perintah interlokutori bagi suatu injunksi, atau bagi pelantikan seorang penerima atau pengurus;
(b)
pembuatan suatu perintah untuk mengelakkan keluputan sesuatu kaveat terhadap urusan mengenai tanah;
(c)
pembuatan apa-apa perintah lain yang, pada pendapat mahkamah yang di dalamnya prosiding itu belum selesai, perlu untuk mencegah ketidakadilan;
(d)
permulaan atau penerusan prosiding untuk memperoleh, menguatkuasakan atau melaksanakan, apa-apa perintah
“yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c)
atau dekri dengan kesan sedemikian, melainkan jika diperintahkan selainnya oleh mahkamah yang di dalamnya prosiding itu belum selesai.
Sijil Bantuan Guaman 76i. Jika Pusat berpuas hati bahawa pemohon di bawah seksyen 76g layak bagi bantuan guaman, Pusat boleh mewakili pemohon dengan memfailkan suatu Sijil Bantuan Guaman dalam Borang 2 Jadual Kedua di mahkamah yang di dalamnya prosiding itu belum selesai, dan pemohon hendaklah menjadi orang yang dibantu.
Undang-Undang Malaysia 20
Akta A1755
Orang yang dibantu tidak bertanggungan untuk membayar kos 76j. (1) Orang yang dibantu tidak boleh, melainkan jika diperuntukkan secara nyata di bawah Akta ini, bertanggungan bagi apa-apa kos kepada mana-mana pihak lain dalam mana-mana prosiding yang Sijil Bantuan Guaman itu berkaitan.
(2)
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, mana-mana orang yang menjalankan apa-apa siasatan, menyediakan atau menyiarkan apa-apa laporan, memberikan apa-apa pendapat, atau menjalankan apa-apa prosiding, tidak boleh mengambil, atau bersetuju untuk mengambil atau meminta apa-apa fi, keuntungan atau hadiah daripada orang yang dibantu.
Bantuan guaman diperoleh melalui fraud, dsb.