Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
Seksyen 78a Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dengan memasukkan selepas perkataan
“peguam bela dan peguam cara” perkataan
“dan perkongsian guaman liabiliti terhad”;
(ii)
dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “peguam bela dan peguam cara”
perkataan “dan perkongsian guaman liabiliti terhad”; dan
(iii)
dalam perenggan (c), dengan memasukkan selepas perkataan “peguam bela dan peguam cara”
perkataan “dan perkongsian guaman liabiliti terhad”;
Profesion Undang-Undang (Pindaan)
(b)
dalam subseksyen (2)—
(i)
dalam perenggan (b), dengan memasukkan selepas perkataan “peguam bela dan peguam cara”
perkataan “dan perkongsian guaman liabiliti terhad”;
(ii)
dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:
“(c) menghendaki peguam bela dan peguam cara dan perkongsian guaman liabiliti terhad membuat pembayaran dengan cara sumbangan atau premium atas apa-apa tanggung rugi atau polisi yang diambil di bawah subseksyen (1) dan mengadakan peruntukan bagi prosiding oleh Badan
Peguam Malaysia atau penanggung insuransnya terhadap mana-mana peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad yang tidak berbuat demikian untuk mendapatkan sumbangan atau premium yang wajar;”;
(iii)
dengan menggantikan perenggan (d) dengan perenggan yang berikut:
“(d) menetapkan syarat yang mesti dipenuhi oleh suatu tanggung rugi profesional atau polisi insurans bagi maksud perenggan (1)(b) atau (c);
(iv)
dalam perenggan (f)—
(A)
dengan memasukkan selepas perkataan
“peguam bela dan peguam cara” perkataan
“atau perkongsian guaman liabiliti terhad”;
dan
(B)
dengan menggantikan perkataan “terhadapnya”
dengan perkataan “terhadap peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu”;
Undang-Undang Malaysia 24
Akta A1755
(v)
dalam perenggan (g), dengan menggantikan perkataan “melainkan jika dia telah mengambil insurans” dengan perkataan “melainkan jika dia telah ditanggung rugi atau telah mengambil insurans”; dan
(vi)
dengan memasukkan selepas perenggan (g)
perenggan yang berikut:
“(ga) menetapkan bahawa suatu perkongsian guaman liabiliti terhad tidak boleh m e n j a l a n k a n a m a l a n s e s e o r a n g peguam bela dan peguam cara melainkan jika perkongsian guaman liabiliti terhad itu telah ditanggung rugi atau telah mengambil insurans sebagaimana yang dikehendaki oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini bagi tempoh yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah itu;”; dan
(c)
dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan hak mana-mana peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad, sebagai tambahan kepada tanggung rugi yang diperuntukkan dalam kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini, untuk menginsuranskan peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu selanjutnya terhadap kerugian yang berbangkit akibat daripada apa-apa tuntutan yang mungkin dimulakan terhadap peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu.”.
Profesion Undang-Undang (Pindaan)
25
Pindaan seksyen 80