Malaysia legislation

Section 15

of AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2025

Seksyen 15

Seksyen 80 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (8) dengan subseksyen yang berikut:

“(8)  Jika Majlis Peguam berpuas hati dengan bukti yang dikemukakan bahawa mana-mana orang telah menanggung kerugian akibat ketidakjujuran di pihak peguam bela dan peguam cara, perkongsian guaman liabiliti terhad, atau mana-mana kerani atau pekhidmat peguam bela dan peguam cara atau suatu perkongsian guaman liabiliti terhad, berkaitan dengan amalan peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu di Malaysia sebagai seorang peguam bela dan peguam cara atau dengan apa-apa amanah yang baginya peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu ialah pemegang amanah, maka tertakluk kepada seksyen ini, Badan Peguam

Malaysia boleh, jika Majlis Peguam fikirkan adil dan munasabah, membuat suatu pemberian kepada orang itu daripada Kumpulan Wang bagi maksud mengurangkan atau meringankan kerugian itu.”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (9) dengan subseksyen yang berikut:

“(9)  Sesuatu pemberian boleh dibuat di bawah seksyen ini sama ada atau tidak—

(a)

peguam bela dan peguam cara yang disebut dalam subseksyen (8) mempunyai suatu sijil amalan yang sah apabila perbuatan ketidakjujuran itu dilakukan, dan walau apa pun kemudian daripada perbuatan itu dilakukan peguam bela dan peguam cara itu telah mati atau namanya telah dikeluarkan atau dipotong daripada Daftarai atau telah berhenti menjalankan amalan atau telah digantung daripada menjalankan amalan; atau

Undang-Undang Malaysia 26

Akta A1755

(b)

perkongsian guaman liabiliti terhad itu telah berhenti menjalankan amalan peguam bela dan peguam cara atau telah digulung.”;

(c)

dengan menggantikan subseksyen (10) dengan subseksyen yang berikut:

“(10)  Apabila apa-apa pemberian dibuat oleh

Badan Peguam Malaysia di bawah seksyen ini kepada mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa kerugian—

(a)

Badan Peguam Malaysia hendaklah, setakat amaun pemberian itu, disubrogasi kepada semua hak dan remedi sebagai orang yang kepadanya pemberian itu dibuat terhadap peguam bela dan peguam cara, perkongsian guaman liabiliti terhad, atau kerani atau pekhidmat peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu, berkenaan dengan kerugian itu; dan

(b)

orang yang kepadanya pemberian itu dibuat tidak mempunyai apa-apa hak dengan cara kebankrapan, penggulungan atau prosiding undang-undang lain atau selainnya untuk menerima apa-apa wang daripada aset peguam bela dan peguam cara, perkongsian guaman liabiliti terhad, atau kerani atau pekhidmat peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu, berkenaan dengan kerugian itu sehingga

Kumpulan Wang itu telah dibayar balik dengan amaun penuh pemberian itu.”; dan

(d)

dengan menggantikan subseksyen (11) dengan subseksyen yang berikut:

“(11)  Sebutan dalam subseksyen (10) kepada orang yang kepadanya pemberian itu dibuat atau peguam bela dan peguam cara, perkongsian guaman libiliti terhad, atau kerani atau pekhidmat peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman libiliti terhad itu hendaklah

Profesion Undang-Undang (Pindaan)

27

termasuk, dalam hal kematian, ketidaksolvenan atau ketidakupayaan lain peguam bela dan peguam cara, perkongsian guaman liabiliti terhad, atau kerani atau pekhidmat peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu, sebutan mengenai wakil dirinya atau mana-mana orang lain yang mempunyai kuasa untuk mentadbir hartanya atau asetnya.”.

Penggantian seksyen 82

Section 15 — AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2025