Malaysia legislation

Section 17

of AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2025

Seksyen 17

Seksyen 83 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan

“Peguam bela dan peguam cara” perkataan “dan perkongsian guaman liabiliti terhad”;

(b)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “Tiada seorang pun peguam bela dan peguam cara boleh, berkaitan dengan amalannya,” dengan perkataan “Tiada peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad boleh, berkaitan dengan amalan peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu,”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “dia ketahui”

dengan perkataan “peguam bela dan peguam cara atau suatu perkongsian guaman liabiliti terhad itu ketahui”;

Undang-Undang Malaysia 30

Akta A1755

(c)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “tiada seorang pun peguam bela dan peguam cara boleh, berkaitan dengan amalannya” dengan perkataan “tiada peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad boleh berkaitan dengan amalan peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu”; dan

(ii)

dalam perenggan (b), dengan memasukkan selepas perkataan “oleh seorang peguam bela dan peguam cara” perkataan “atau suatu perkongsian guaman liabiliti terhad”;

(d)

dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan

“seorang peguam bela dan peguam cara” perkataan “atau suatu perkongsian guaman liabiliti terhad”;

(e)

dalam subseksyen (4)—

(i)

dengan memotong perkataan “bagi maksud ini”;

dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan “peguam bela dan peguam cara” perkataan “atau perkongsian guaman liabiliti terhad”;

(f)

dalam subseksyen (5)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan “Sebelum seseorang peguam bela dan peguam cara”

perkataan “atau sesuatu perkongsian guaman liabiliti terhad”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “amalannya sebagai demikian, dia hendaklah” dengan perkataan “amalan peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu sebagai demikian, peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu hendaklah”; dan

Profesion Undang-Undang (Pindaan)

(g)

dengan menggantikan subseksyen (6) dengan subseksyen yang berikut:

“(6)  Mana-mana peguam bela dan peguam cara, atau mana-mana pekongsi atau orang lain yang terlibat dalam pengurusan atau kawalan suatu perkongsian guaman liabiliti terhad, yang melanggar seksyen ini boleh dikenakan prosiding tatatertib.”.

Pindaan seksyen 84