Malaysia legislation

Section 18

of AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2025

Seksyen 18

Seksyen 84 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan

“Peguam bela dan peguam cara” perkataan “atau perkongsian guaman liabiliti terhad”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Jika seseorang peguam bela dan peguam cara atau sesuatu perkongsian guaman liabiliti terhad bertindak bagi pihak suatu pemaju perumahan dalam suatu jualan harta tak alih yang dimajukan di bawah suatu pemajuan perumahan—

(a)

peguam bela dan peguam cara itu atau mana-mana peguam bela dan peguam cara lain firma yang peguam bela dan peguam cara itu ialah pekongsi atau pekerja; atau

(b)

perkongsian guaman liabiliti terhad atau mana-mana peguam bela dan peguam cara perkongsian guaman liabiliti terhad itu, tidak boleh dalam transaksi yang sama bertindak bagi pihak pembeli harta itu.”;

Undang-Undang Malaysia 32

Akta A1755

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Suatu perjanjian bertulis yang disediakan oleh—

(a)

peguam bela dan peguam cara atau mana-mana peguam bela dan peguam cara lain firma yang peguam bela dan peguam cara itu ialah pekongsi atau pekerja; atau

(b)

perkongsian guaman liabiliti terhad atau mana-mana peguam bela dan peguam cara daripada perkongsian guaman liabiliti terhad itu, yang bertindak bagi pihak pemaju berkenaan dengan transaksi itu hendaklah diperiksa dengan rapi oleh peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad yang bertindak bagi pihak pembeli.

(1b)

Jika perjanjian bertulis berkenaan dengan transaksi yang disebut dalam subseksyen (1a) tidak diperiksa dengan rapi oleh peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad yang bertindak bagi pihak pembeli itu, peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad yang bertindak bagi pihak pemaju perumahan hendaklah memperoleh suatu sijil yang ditandatangani oleh pembeli itu yang menunjukkan bahawa pembeli itu tidak berniat untuk menugaskan peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad untuk memeriksa dengan rapi perjanjian itu bagi pihaknya.”;

(d)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Bagi maksud seksyen ini, sijil di bawah subseksyen (1b) hendaklah ditandatangani oleh pembeli di hadapan Pesuruhjaya Sumpah yang bukan seorang peguam bela dan peguam cara yang menjalankan amalan dengan atau pekerja firma guaman Malaysia, yang bertindak bagi pihak pemaju perumahan itu.”;

Profesion Undang-Undang (Pindaan)

(e)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan

“peguam bela dan peguam caranya sendiri” dengan perkataan “peguam bela dan peguam caranya atau perkongsian guaman liabiliti terhadnya sendiri”; dan

(f)

dalam subseksyen (5)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “Subseksyen (1)”

dengan perkataan “Subseksyen (1), (1a) dan (1b)”;

dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan “seorang peguam bela dan peguam cara” perkataan “atau suatu perkongsian guaman liabiliti terhad”.

Pindaan seksyen 86