Malaysia legislation

Section 21

of AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2025

Seksyen 21

Seksyen 88 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Jika Majlis Peguam mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa—

(a)

seseorang peguam bela dan peguam cara;

(b)

sesuatu perkongsian guaman liabiliti terhad;

atau

(c)

mana-mana kerani atau pekhidmat peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad, bersalah atas ketidakjujuran berkaitan dengan amalan peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu sebagai peguam bela dan peguam cara atau berkaitan dengan apa-apa amanah yang peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu menjadi pemegang amanah,

Majlis Peguam boleh mengeluarkan suatu sijil bagi maksud itu dan oleh sebab itu Jadual Pertama, kecuali perenggan 7 Jadual itu, hendaklah terpakai berhubung dengan peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu.”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Jika nama seseorang peguam bela dan peguam cara dikeluarkan atau dipotong daripada

Daftarai atau seseorang peguam bela dan peguam cara digantung daripada menjalankan amalan, peguam bela dan peguam cara itu atau perkongsian guaman liabiliti terhad yang dia menjalankan amalan itu hendaklah, dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh yang material itu, memuaskan hati Majlis Peguam bahawa peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu telah membuat perkiraan yang sesuai

Undang-Undang Malaysia 36

Akta A1755

untuk mengadakan kepada klien peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu, atau kepada peguam bela dan peguam cara lain atau peguam bela dan peguam cara yang diarahkan oleh klien peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu, atau olehnya sendiri atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu—

(a)

semua surat ikatan, wasiat, dokumen yang menjadi bukti atau membuktikan hakmilik terhadap apa-apa harta, kertas, buku akaun, rekod, baucar dan dokumen lain—

(i)

yang ada dalam milikan atau kawalan peguam bela dan peguam cara, atau dalam milikan atau kawalan firma peguam bela dan peguam cara itu atau perkongsian guaman liabiliti terhad yang peguam bela dan peguam cara itu menjalankan amalan;

(ii)

yang berhubungan dengan apa-apa amanah yang baginya peguam bela dan peguam cara itu ialah pemegang amanah tunggal atau pemegang amanah bersama dengan seorang atau lebih pekongsinya, keraninya atau pekhidmatnya; atau

(iii)

yang berhubungan dengan apa-apa amanah yang baginya perkongsian guaman liabiliti terhad itu ialah pemegang amanah tunggal atau pemegang amanah bersama dengan seorang atau lebih keraninya atau pekhidmatnya; dan

(b)

semua wang yang—

(i)

kena dibayar oleh peguam bela dan peguam cara itu atau firmanya kepada kliennya atau klien firmanya, atau kena dibayar oleh perkongsian guaman liabiliti terhad itu kepada kliennya;

Profesion Undang-Undang (Pindaan)

(ii)

dipegang oleh peguam bela dan peguam cara itu atau firmanya bagi pihak kliennya atau klien firmanya, atau dipegang oleh perkongsian guaman liabiliti terhad itu bagi pihak kliennya; atau

(iii)

tertakluk kepada apa-apa amanah yang disebut dalam perenggan (a).”;

(c)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Jika peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu tidak memuaskan hati Majlis Peguam, Jadual Pertama hendaklah terpakai berhubung dengan peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu.”; dan

(d)

dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan

“Jadual” dengan perkataan “ Jadual Pertama”.

Pindaan seksyen 89

Section 21 — AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2025