Malaysia legislation

Section 22

of AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2025

Seksyen 22

Seksyen 89 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan memotong perkataan “dalam milik peguam bela dan peguam cara”; dan

(b)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:

“(a) suatu aduan dibuat kepada Majlis Peguam bahawa telah ada kelewatan yang tidak sepatutnya pada pihak—

(i)

peguam bela dan peguam cara berkaitan dengan apa-apa perkara yang peguam bela dan peguam cara itu atau firmanya telah diarahkan bagi pihak kliennya atau klien firmanya;

Undang-Undang Malaysia 38

Akta A1755

(ii)

suatu perkongsian guaman liabiliti terhad berkaitan dengan apa-apa perkara yang perkongsian guaman liabiliti terhad itu telah diarahkan bagi pihak kliennya; atau

(iii)

apa-apa perkara yang berkaitan dengan pentadbiran sesuatu amanah yang baginya peguam bela dan peguam cara itu ialah pemegang amanah tunggal atau pemegang amanah bersama dengan seorang atau lebih pekongsinya, keraninya atau pekhidmatnya; atau

(iv)

apa-apa perkara yang berkaitan dengan pentadbiran sesuatu amanah yang baginya perkongsian guaman liabiliti terhad itu ialah pemegang amanah tunggal atau pemegang amanah bersama dengan seorang atau lebih keraninya atau pekhidmatnya;”;

(ii)

dalam perenggan (b), dengan memasukkan selepas perkataan “peguam bela dan peguam cara”

perkataan “atau perkongsian guaman liabiliti terhad”;

(iii)

dalam perenggan (c), dengan memasukkan selepas perkataan “peguam bela dan peguam cara”

perkataan “atau perkongsian guaman liabiliti terhad”;

(iv)

dengan menggantikan perenggan (d) dengan perenggan yang berikut:

“(d) peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu telah diberitahu secara bertulis oleh

Majlis Peguam bahawa peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu gagal memberi penjelasan itu,”;

Profesion Undang-Undang (Pindaan)

(v)

dengan menggantikan perkataan “Jadual”

di mana-mana jua terdapat dengan perkataan

“Jadual Pertama”;

(vi)

dengan memasukkan selepas perkataan “berhubung dengan peguam bela dan peguam cara” perkataan

“atau perkongsian guaman liabiliti terhad”; dan

(vii)

dalam proviso, dengan memasukkan selepas perkataan

“dalam amalan peguam bela dan peguam cara”

perkataan “atau perkongsian guaman liabiliti terhad”.

Pindaan seksyen 90

Section 22 — AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2025