Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
Seksyen 115 Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Kos perundingan penggadai janji”;
(b)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dengan memasukkan selepas perkataan “Jika suatu gadai janji dibuat kepada seorang peguam bela dan peguam cara” perkataan “atau suatu perkongsian guaman liabiliti terhad”;
(ii)
dengan menggantikan perkataan “peguam bela dan peguam cara itu, atau firma yang dia ialah seorang ahlinya” dengan perkataan “peguam bela dan peguam cara itu, firma yang peguam bela dan peguam cara itu ialah seorang ahlinya atau perkongsian guaman liabiliti terhad yang peguam bela dan peguam cara itu menjalankan amalan”;
Profesion Undang-Undang (Pindaan)
(iii)
dengan menggantikan perkataan “semua urusan yang dijalankan olehnya atau oleh firma itu dan berkenaan dengan semua perbuatan yang dilakukan olehnya atau oleh firma itu” dengan perkataan “semua urusan yang dijalankan dan perbuatan yang dilakukan oleh peguam bela dan peguam cara itu, firma itu atau oleh perkongsian guaman liabiliti terhad itu”;
(iv)
dengan menggantikan perkataan “apa-apa kos biasa yang dia atau firma itu” dengan perkataan
“apa-apa kos biasa yang peguam bela dan peguam cara, firma atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu”; dan
(v)
dengan menggantikan perkataan “dan penggadai janji itu telah menempah dan mengguna khidmatnya atau firma itu” dengan perkataan “atau suatu entiti yang bukan suatu perkongsian guaman liabiliti terhad dan penggadai janji itu telah menempah dan mengguna khidmat peguam bela dan peguam cara, firma atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu”; dan
(c)
dalam subseksyen (2)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “seorang peguam bela dan peguam cara sama ada dia seorang atau bersesama” dengan perkataan
“seorang peguam bela dan peguam cara atau suatu perkongsian guaman liabiliti terhad, sama ada secara berseorangan atau bersesama”;
(ii)
dengan menggantikan perkataan “peguam bela dan peguam cara itu, atau oleh firma yang dia ialah seorang ahlinya,” dengan perkataan
“peguam bela dan peguam cara itu, firma yang peguam bela dan peguam cara ialah seorang ahlinya atau perkongsian guaman liabiliti terhad yang peguam bela dan peguam cara itu menjalankan amalan”;
(iii)
dengan menggantikan perkataan “dia atau firma itu” dengan perkataan “peguam bela dan peguam cara itu, firma itu atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu”;
Undang-Undang Malaysia 44
Akta A1755
(iv)
dengan menggantikan perkataan “apa-apa kos biasa yang dia atau firma itu” perkataan
“apa-apa kos biasa yang peguam bela dan peguam cara itu, firma itu atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu”;
(v)
dengan memasukkan selepas perkataan “seorang yang bukan seorang peguam bela dan peguam cara”
perkataan “atau suatu entiti yang bukan suatu perkongsian guaman liabiliti terhad”; dan
(vi)
dengan menggantikan perkataan “dan penggadai janji itu telah menempah dan mengguna khidmatnya”
dengan perkataan “dan penggadai janji itu telah menempah dan mengguna khidmat peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu”.
Pindaan seksyen 116