Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
Seksyen 116 Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Perjanjian bagi kos urusan bertikaian”; dan
(b)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “seseorang peguam bela dan peguam cara boleh membuat suatu perjanjian secara bertulis dengan kliennya”
dengan perkataan “seseorang peguam bela dan peguam cara atau suatu perkongsian guaman liabiliti terhad boleh membuat suatu perjanjian secara bertulis dengan kliennya”;
(ii)
dengan menggantikan perkataan “mana-mana bahagian daripada kosnya” dengan perkataan
“mana-mana bahagian daripada kos peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu”;
Profesion Undang-Undang (Pindaan)
(iii)
dengan memasukkan selepas perkataan
“peguam bela dan peguam cara itu” perkataan
“atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu”; dan
(iv)
dengan menggantikan perkataan “kadar yang dengannya dia akan selainnya berhak disara”
dengan perkataan “kadar yang dengannya peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu akan selainnya berhak disara”.
Pindaan seksyen 117