Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
Seksyen 119 Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Kesan perjanjian yang belum disempurnakan akibat kematian peguam bela dan peguam cara atau penggulungan perkongsian guaman liabiliti terhad”;
Profesion Undang-Undang (Pindaan)
(b)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Jika seseorang peguam bela dan peguam cara atau sesuatu perkongsian guaman liabiliti terhad telah membuat sesuatu perjanjian dengan klien mereka masing-masing menurut seksyen 116 dan sesuatu telah dilakukan di bawah perjanjian itu, tetapi sebelum perjanjian itu disempurnakan sepenuhnya oleh peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu—
(a)
peguam bela dan peguam cara itu mati atau menjadi tidak berupaya bertindak atas apa-apa sebab; atau
(b)
perkongsian guaman liabiliti terhad itu digulungkan atau menjadi tidak berupaya bertindak atas apa-apa sebab lain, suatu permohonan boleh dibuat kepada Mahkamah oleh mana-mana pihak dalam perjanjian itu atau oleh wakil pihak itu, dan Mahkamah itu dengan itu mempunyai kuasa yang sama untuk menguatkuasakan atau mengetepikan perjanjian itu, jika tindakan belum diambil ke atasnya.”; dan
(c)
dalam subseksyen (4)—
(i)
dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memotong perkataan “seorang”; dan
(ii)
dengan memasukkan selepas perkataan
“peguam bela dan peguam cara” perkataan
“atau perkongsian guaman liabiliti terhad”.
Pindaan seksyen 120