Malaysia legislation

Section 82

of AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2025

Seksyen 82

(a)

bertindak sebagai ejen dalam apa-apa prosiding undang-undang atau perkara yang di bawah Akta ini hanya boleh dilakukan oleh peguam bela dan peguam cara yang mempunyai sijil amalan yang sah bagi peguam bela dan peguam cara lain yang tidak mempunyai sijil amalan yang sah atau perkongsian guaman liabiliti terhad lain yang tidak diberi kuasa untuk menjalankan amalan peguam bela dan peguam cara;

(b)

membenarkan namanya digunakan, dalam apa-apa prosiding undang-undang atau perkara yang di bawah

Akta ini hanya boleh dilakukan oleh peguam bela dan peguam cara yang mempunyai sijil amalan yang sah atau oleh suatu perkongsian guaman liabiliti terhad yang diberi kuasa untuk menjalankan amalan sebagai peguam bela dan peguam cara, oleh atau bagi keuntungan peguam bela dan peguam cara lain yang tidak mempunyai sijil amalan yang sah atau perkongsian guaman liabiliti terhad lain yang tidak diberi kuasa untuk menjalankan amalan peguam bela dan peguam cara;

Undang-Undang Malaysia 28

Akta A1755

(c)

menghantar apa-apa proses undang-undang kepada peguam bela dan peguam cara lain yang tidak mempunyai sijil amalan yang sah atau perkongsian guaman liabiliti terhad lain yang tidak diberi kuasa untuk menjalankan amalan peguam bela dan peguam cara; atau

(d)

melakukan apa-apa perbuatan lain yang membolehkan peguam bela dan peguam cara lain yang tidak mempunyai sijil amalan yang sah atau perkongsian guaman liabiliti terhad lain yang tidak diberi kuasa untuk menjalankan amalan peguam bela dan peguam cara, untuk hadir, bertindak, menjalankan amalan atau berbuat sesuatu berupa sebagai menjalankan amalan sebagai peguam bela dan peguam cara dalam apa-apa prosiding undang-undang atau perkara yang di bawah

Akta ini hanya boleh dilakukan oleh peguam bela dan peguam cara yang mempunyai sijil amalan yang sah atau oleh perkongsian guaman liabiliti terhad yang diberi kuasa untuk menjalankan amalan peguam bela dan peguam cara.

(2)

Seseorang peguam bela dan peguam cara tidak boleh memberi kuasa kepada mana-mana orang tidak diberi kuasa untuk mengendalikan—

(a)

apa-apa akaun bank atas namanya atau atas nama firmanya atau atas nama perkongsian guaman liabiliti terhad yang dia menjalankan amalan; dan

(b)

apa-apa akaun bank yang disenggara olehnya atau oleh firmanya, atau oleh perkongsian guaman liabiliti terhad yang dia menjalankan amalan, berkaitan dengan amalannya sebagai peguam bela dan peguam cara.

(3)

Suatu perkongsian guaman liabiliti terhad tidak boleh memberi kuasa kepada mana-mana orang tidak diberi kuasa atau perkongsian guaman liabiliti terhad yang tidak diberi kuasa untuk menjalankan amalan peguam bela dan peguam cara untuk mengendalikan—

(a)

apa-apa akaun bank atas namanya; dan

(b)

apa-apa akaun bank yang disenggara oleh perkongsian guaman liabiliti terhad, berkaitan dengan amalannya sebagai peguam bela dan peguam cara.

Profesion Undang-Undang (Pindaan)

(4)

Mana-mana peguam bela dan peguam cara yang melanggar subseksyen (1) atau (2), atau mana-mana pekongsi atau orang lain yang terlibat dalam pengurusan atau kawalan suatu perkongsian guaman liabiliti terhad yang melanggar subseksyen (3), boleh dikenakan prosiding tatatertib.

(5)

Mana-mana orang tidak diberi kuasa yang bertindak atau menjalankan amalan atau berbuat sesuatu berupa sebagai menjalankan amalan sebagai peguam bela dan peguam cara atau mana-mana perkongsian liabiliti terhad yang tidak diberi kuasa untuk menjalankan amalan peguam bela dan peguam cara yang menjalankan amalan atau berbuat sesuatu berupa sebagai menjalankan amalan sebagai peguam bela dan peguam cara melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.”.

Pindaan seksyen 83

Section 82 — AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2025