Malaysia legislation

Section 4

of AKTA SYARIKAT LABUAN (PINDAAN) 2025

Seksyen 4

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 109

bahagian yang berikut:

“Bahagian Va

PEMUNYAAN BENEFISIAL

Pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing 109a.  Dalam Akta ini, “pemunya benefisial” ertinya orang sebenar yang memiliki atau mengawal sesuatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing, secara keseluruhan atau sebahagian, melalui pemilikan atau kawalan langsung atau tidak langsung atas syer atau hak mengundi atau kepentingan pemilikan lain dalam syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu, atau yang menjalankan kawalan dan pengaruh yang berkesan dalam syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

Daftar pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing 109b.  (1)  Tiap-tiap syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing hendaklah menyimpan suatu daftar pemunya benefisial bagi syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu dan merekodkan dalam daftar itu—

(a)

nama penuh, alamat, kewarganegaraan, pengenalan dan tempat kediaman biasa orang yang merupakan pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu;

(b)

tarikh orang itu menjadi seorang pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu;

(c)

tarikh orang itu terhenti daripada menjadi pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu; dan

(d)

apa-apa maklumat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

Syarikat Labuan (Pindaan)

(2)

Daftar pemunya benefisial hendaklah—

(a)

dalam hal syarikat Labuan, disimpan di pejabat berdaftar syarikat Labuan itu atau mana-mana pejabat lain yang diluluskan oleh Lembaga; dan

(b)

dalam hal syarikat Labuan asing, disimpan di pejabat berdaftar syarikat Labuan asing itu.

(3)

Syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing hendaklah menyerahkan kepada Lembaga suatu notis tentang apa-apa perubahan kepada butir-butir dalam daftar pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu.

(4)

Apa-apa notis yang dikehendaki di bawah subseksyen (3)

hendaklah diserahkan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh perubahan itu direkodkan dalam daftar pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu.

(5)

Seseorang setiausaha pemastautin sesuatu syarikat Labuan atau seseorang pegawai syarikat amanah Labuan yang dilantik oleh syarikat Labuan asing hendaklah memegang maklumat orang sebenar yang telah direkodkan dalam daftar pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu sebagai pemunya benefisial tetapi kemudiannya terhenti menjadi pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu selama enam tahun dari tarikh orang sebenar itu terhenti menjadi seorang pemunya benefisial.

(6)

Suatu catatan yang berhubungan dengan orang sebenar yang terhenti menjadi pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing di bawah subseksyen (5) hendaklah dikeluarkan daripada daftar pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu selepas tamat tempoh enam tahun dari tarikh orang sebenar itu terhenti menjadi seorang pemunya benefisial.

(7)

Jika syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan atau tidak tepat kepada Lembaga di bawah seksyen ini, syarikat Labuan, syarikat Labuan asing dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Penalti: Satu juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1756

(8)

Lembaga hendaklah menentukan bentuk, cara dan takat maklumat yang perlu disimpan di bawah subseksyen (1) dan diserahkan di bawah subseksyen (3).

(9)

Lembaga boleh, melalui notis secara bertulis, mengarahkan syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing untuk menyerahkan kepada Lembaga dalam suatu tempoh sebagaimana yang ditetapkan dalam notis, maklumat berhubung dengan pemunya benefisial yang disimpan oleh syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu.

(10)

Daftar pemunya benefisial suatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing hendaklah menjadi keterangan prima facie bagi apa-apa perkara yang dimasukkan dalam daftar di bawah Akta ini.

(11)

Lembaga boleh, berhubung dengan akses kepada daftar pemunya benefisial syarikat Labuan yang disimpan di pejabat berdaftar syarikat Labuan itu atau mana-mana pejabat lain yang diluluskan oleh Lembaga atau berhubung dengan akses kepada daftar pemunya benefisial syarikat Labuan asing yang disimpan di pejabat berdaftar syarikat Labuan asing itu atau maklumat pemunyaan benefisial yang diserahkan kepada

Lembaga, menentukan—

(a)

mana-mana orang yang boleh mengakses daftar pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing atau maklumat pemunyaan benefisial;

(b)

cara dan terma dan syarat bagi mengakses daftar pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu atau maklumat pemunyaan benefisial; dan

(c)

fi bagi pembekalan maklumat pemunyaan benefisial.

(12)

Seksyen 149 Akta tidak terpakai jika penzahiran atau akses telah ditentukan oleh Lembaga di bawah subseksyen (11).

(13)

Jika berlaku keingkaran pada mematuhi subseksyen (1), (2), (3), (5), (6) atau (9), syarikat Labuan, syarikat Labuan asing dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan

Lembaga boleh mengenakan penalti pentadbiran.

Syarikat Labuan (Pindaan)

7

Kuasa syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing untuk menghendaki penzahiran maklumat pemunyaan benefisial 109c.  (1)  Suatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana anggota syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing dalam apa-apa masa yang munasabah dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—

(a)

untuk memaklumkan syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing sama ada anggota itu merupakan pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu atau jika anggota itu bukan pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu, setakat yang mungkin untuk berbuat demikian, untuk menunjukkan orang itu dengan nama dan dengan butir-butir lain yang mencukupi untuk membolehkan orang itu dikenal pasti sebagai pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu; dan

(b)

untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 109b(1).

(2)

Jika suatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang merupakan pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu, syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki orang itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—

(a)

untuk menyatakan sama ada dia merupakan pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu atau jika dia bukan pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu, untuk menyatakan sama ada dia mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang lain merupakan pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu dan untuk memberikan apa-apa butir-butir mengenai orang itu yang dalam pengetahuannya; dan

(b)

untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 109b(1).

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1756

(3)

Jika suatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana anggota atau orang mengetahui identiti orang yang merupakan pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu, syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki anggota atau orang itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—

(a)

untuk menyatakan sama ada dia mengetahui, atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang lain itu merupakan pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu dan untuk memberikan apa-apa butir-butir orang itu yang dalam pengetahuannya; dan

(b)

untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 109b(1).

(4)

Apabila suatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing menerima maklumat daripada orang yang kepadanya notis itu diberikan di bawah subseksyen (1), (2) atau (3), syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh maklumat itu diterima, merekodkan dalam daftar pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu—

(a)

tarikh notis yang menghendaki maklumat itu telah dikeluarkan; dan

(b)

butir-butir maklumat yang diterima daripada orang itu.

(5)

Jika suatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu perubahan telah berlaku terhadap butir-butir pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing yang dinyatakan dalam daftar pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu, syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu hendaklah memberikan notis kepada pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu—

(a)

untuk mengesahkan sama ada atau tidak perubahan itu telah berlaku; dan

Syarikat Labuan (Pindaan)

(b)

jika perubahan itu telah berlaku—

(i)

untuk menyatakan tarikh perubahan itu; dan

(ii)

untuk memberikan butir-butir mengenai perubahan itu.

(6)

Jika suatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa butir-butir pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing yang dinyatakan dalam daftar pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing mungkin tidak betul, syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu hendaklah memberikan notis kepada pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu untuk mengesahkan sama ada butir-butir itu adalah betul, dan jika tidak, untuk memberikan butir-butir yang betul.

(7)

Seseorang setiausaha pemastautin sesuatu syarikat Labuan atau seseorang pegawai syarikat amanah Labuan yang dilantik oleh syarikat Labuan asing hendaklah memastikan bahawa syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu mematuhi obligasi di bawah seksyen ini.

(8)

Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikat Labuan, syarikat Labuan asing dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah

Akta ini.

Kewajipan pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat

Labuan asing untuk memberikan maklumat 109d.  (1)  Seseorang yang mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dia merupakan pemunya benefisial suatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing hendaklah dalam masa tiga puluh hari—

(a)

memberitahu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu bahawa dia merupakan pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu; dan

(b)

memberikan maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1756

(2)

Seseorang yang merupakan pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing hendaklah, dalam masa tiga puluh hari, memberitahu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu mengenai apa-apa perubahan butir-butirnya dalam daftar pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu.

(3)

Seseorang yang terhenti menjadi pemunya benefisial suatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing hendaklah memberitahu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu, secepat yang dapat dilaksanakan, mengenai perubahan itu dengan menyatakan—

(a)

tarikh pemberhentian itu berlaku; dan

(b)

butir-butir pemberhentian itu.

(4)

Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, orang yang ingkar itu melakukan suatu kesalahan di bawah

Akta ini.

Penalti: Lima puluh ribu ringgit.

Obligasi syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing untuk menyenggara dan menyimpan maklumat yang kemas kini 109e.  (1)  Syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing hendaklah menyenggara dan menyimpan butir-butir pemunyaan benefisial dalam daftar pemunya benefisial di bawah seksyen 109b yang dikemas kini dari semasa ke semasa.

(2)

Seseorang setiausaha pemastautin sesuatu syarikat Labuan atau seseorang pegawai syarikat amanah Labuan yang dilantik oleh syarikat Labuan asing hendaklah memastikan syarikat

Labuan atau syarikat Labuan asing itu mematuhi obligasi di bawah seksyen ini.

(3)

Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikat Labuan, syarikat Labuan asing dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah

Akta ini.

Syarikat Labuan (Pindaan)

11

Kuasa Lembaga untuk menjalankan pemeriksaan terhadap daftar pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat

Labuan asing 109f.  Lembaga boleh menjalankan pemeriksaan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 28c Akta Lembaga

Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996 terhadap daftar pemunya benefisial yang disimpan oleh syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing di bawah Bahagian ini.”.

Peruntukan kecualian dan peralihan