Malaysia legislation

Section 11

of AKTA PERKHIDMATAN BOMBA (PINDAAN) 2025

Seksyen 11

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian V bahagian yang berikut:

“Bahagian Va

PERUNDING KESELAMATAN KEBAKARAN,

FIRMA PERUNDING KESELAMATAN KEBAKARAN,

ORANG KOMPETEN, KONTRAKTOR KESELAMATAN

KEBAKARAN, PENYEDIA LATIHAN DAN PENGAJAR

Quoted provision

Seksyen 36a

Ketua Pengarah boleh melantik seorang Pengawal dalam kalangan Pegawai Kanan Bomba yang hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

memutuskan apa-apa permohonan yang dibuat di bawah Bahagian ini dan Bahagian Vb;

(b)

mengeluarkan perakuan pendaftaran di bawah Bahagian ini dan perakuan di bawah Bahagian Vb; dan

(c)

menyimpan dan menyenggara daftar—

(i)

perunding keselamatan kebakaran dan firma perunding keselamatan kebakaran;

(ii)

orang kompeten dan kontraktor keselamatan kebakaran;

(iii)

penyedia latihan dan pengajar; dan

(iv)

kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang ditetapkan oleh

Menteri supaya didaftarkan.

Daftar 36b.  Daftar di bawah perenggan 36a(c) hendaklah disimpan dalam apa-apa cara dan hendaklah mengandungi apa-apa butir-butir sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

16

Undang-Undang Malaysia

Akta A1764

Kehendak bagi pendaftaran perunding keselamatan kebakaran dan firma perunding keselamatan kebakaran 36c.  Tiada seorang pun boleh menyediakan laporan analisis risiko kebakaran melainkan jika orang itu berdaftar sebagai perunding keselamatan kebakaran atau firma perunding keselamatan kebakaran, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Bahagian ini.

Kehendak bagi pendaftaran orang kompeten dan kontraktor keselamatan kebakaran 36d.  (1)  Tiada seorang pun boleh memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang ditetapkan oleh Menteri supaya didaftarkan, melainkan jika orang itu berdaftar sebagai orang kompeten mengikut kategori sebagaimana yang ditetapkan atau sebagai kontraktor keselamatan kebakaran, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Bahagian ini.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kehendak bagi pendaftaran penyedia latihan dan pengajar 36e.  (1)  Tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa latihan berhubung dengan perkara yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga melainkan jika orang itu berdaftar sebagai penyedia latihan atau pengajar, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Bahagian ini.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

(3)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta, meminda Jadual Ketiga.

Perkhidmatan Bomba (Pindaan)

17

Kelayakan bagi pendaftaran sebagai perunding keselamatan kebakaran, firma perunding keselamatan kebakaran, dsb.

Quoted provision

Seksyen 36f

Mana-mana orang boleh memohon untuk didaftarkan sebagai perunding keselamatan kebakaran, firma perunding keselamatan kebakaran, orang kompeten, kontraktor keselamatan kebakaran, penyedia latihan atau pengajar jika orang itu memenuhi syarat sebagaimana yang ditetapkan.

Permohonan pendaftaran sebagai perunding keselamatan kebakaran, firma perunding keselamatan kebakaran, dsb.

Quoted provision

Seksyen 36g

(a)

mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah;

(b)

dengan mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah;

dan

(c)

dengan membayar fi yang ditetapkan.

(2)

Pengawal boleh, secara bertulis, pada bila-bila masa selepas menerima permohonan di bawah subseksyen (1) dan sebelum permohonan itu diputuskan, menghendaki pemohon untuk memberi Pengawal apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam tempoh masa yang dinyatakan oleh Pengawal.

(3)

Jika pemohon itu tidak mematuhi kehendak di bawah subseksyen (2), permohonan bagi pendaftaran itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baharu.

(4)

Selepas mempertimbangkan permohonan di bawah subseksyen (1), Pengawal boleh—

(a)

meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan kepada pemohon, apabila fi yang ditetapkan dibayar, suatu perakuan pendaftaran dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah; atau 18

Undang-Undang Malaysia

Akta A1764

(b)

menolak permohonan itu dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.

(5)

Suatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah seksyen ini sah bagi suatu tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam perakuan pendaftaran itu.

Pembaharuan perakuan pendaftaran 36h.  (1)  Mana-mana orang yang memegang perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah perenggan 36g(4)(a)

boleh, mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah, memohon untuk membaharui perakuan pendaftaran itu sekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum tarikh habis tempoh perakuan pendaftaran itu.

(2)

Permohonan di bawah subseksyen (1) boleh dibuat—

(a)

dengan mengemukakan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah; dan

(b)

dengan membayar fi yang ditetapkan.

(3)

Pengawal boleh, secara bertulis, pada bila-bila masa selepas menerima permohonan di bawah subseksyen (1) dan sebelum permohonan itu diputuskan, menghendaki pemohon untuk memberi Pengawal apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam tempoh masa yang dinyatakan oleh Pengawal.

(4)

Jika pemohon itu tidak mematuhi kehendak di bawah subseksyen (3), permohonan untuk pembaharuan perakuan pendaftaran itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baharu.

(5)

Selepas mempertimbangkan permohonan di bawah subseksyen (1), Pengawal boleh—

(a)

meluluskan permohonan itu dan membaharui perakuan pendaftaran itu apabila fi yang ditetapkan dibayar; atau

Perkhidmatan Bomba (Pindaan)

(b)

menolak permohonan itu dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.

Pembatalan perakuan pendaftaran 36i.  (1)  Tertakluk pada subseksyen (2), Pengawal boleh membatalkan perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah perenggan 36g(4)(a) jika Pengawal berpuas hati bahawa perunding keselamatan kebakaran, firma perunding keselamatan kebakaran, orang kompeten, kontraktor keselamatan kebakaran, penyedia latihan atau pengajar—

(a)

telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini;

(b)

telah memungkiri mana-mana syarat perakuan pendaftaran; atau

(c)

telah disabitkan atas kesalahan di bawah Akta ini.

(2)

Pengawal hendaklah, sebelum membatalkan perakuan pendaftaran di bawah subseksyen (1), memberikan peluang kepada perunding keselamatan kebakaran, firma perunding keselamatan kebakaran, orang kompeten, kontraktor keselamatan kebakaran, penyedia latihan atau pengajar, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk membuat apa-apa representasi secara bertulis terhadap pembatalan itu.

(3)

Mana-mana perunding keselamatan kebakaran, firma perunding keselamatan kebakaran, orang kompeten, kontraktor keselamatan kebakaran, penyedia latihan atau pengajar yang pendaftarannya telah dibatalkan di bawah subseksyen (1) tidak layak untuk menuntut—

(a)

apa-apa pampasan bagi apa-apa kerugian yang disebabkan oleh pembatalan itu; dan

(b)

apa-apa pembayaran balik fi yang telah dibayar di bawah Bahagian ini.

20

Undang-Undang Malaysia

Akta A1764

Rayuan terhadap keputusan Pengawal 36j.  Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan

Pengawal yang dibuat di bawah Bahagian ini boleh, dalam masa empat belas hari selepas dimaklumkan secara bertulis mengenai keputusan itu, merayu kepada Ketua Pengarah terhadap keputusan itu mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan keputusan Ketua Pengarah adalah muktamad.

Bahagian Vb

KELENGKAPAN MENENTANG KEBAKARAN

ATAU PEPASANGAN KESELAMATAN KEBAKARAN

Kehendak bagi pendaftaran kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran 36k.  (1)  Menteri boleh menetapkan apa-apa kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang hendaklah didaftarkan di bawah Bahagian ini.

(2)

Tiada kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) boleh dipasang atau dijual untuk dipasang oleh mana-mana orang, di mana-mana premis, melainkan jika kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran itu telah didaftarkan di bawah Bahagian ini.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Permohonan bagi pendaftaran kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran 36l.  (1)  Suatu permohonan bagi pendaftaran kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang ditetapkan di bawah seksyen 36k boleh dibuat kepada

Pengawal—

(a)

mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah;

Perkhidmatan Bomba (Pindaan)

(b)

dengan mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah;

dan

(c)

dengan membayar fi yang ditetapkan.

(2)

Pengawal boleh, secara bertulis, pada bila-bila masa selepas menerima permohonan di bawah subseksyen (1) dan sebelum permohonan itu diputuskan, menghendaki pemohon untuk memberi Pengawal apa-apa dokumen atau maklumat tambahan, atau sampel kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang ditetapkan di bawah seksyen 36k itu dalam tempoh masa yang dinyatakan oleh Pengawal.

(3)

Jika pemohon itu tidak mematuhi kehendak di bawah subseksyen (2), permohonan bagi pendaftaran itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baharu.

(4)

Apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (1),

Pengawal boleh memeriksa atau menguji kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran itu jika difikirkan patut dan perlu oleh Pengawal untuk berbuat demikian.

(5)

Selepas mempertimbangkan permohonan di bawah subseksyen (1), Pengawal boleh—

(a)

meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan kepada pemohon, apabila fi yang ditetapkan dibayar, suatu perakuan dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah; atau

(b)

menolak permohonan itu dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.

Pembatalan dan penggantungan perakuan 36m.  (1)  Tertakluk pada subseksyen (2), Ketua Pengarah boleh membatalkan atau menggantung perakuan yang dikeluarkan di bawah perenggan 36l(5)(a) jika Pengawal berpuas hati bahawa pemegang perakuan itu tidak mematuhi mana-mana syarat perakuan.

22

Undang-Undang Malaysia

Akta A1764

(2)

Jika perakuan digantung di bawah subseksyen (1),

Pengawal boleh menghendaki pemegang perakuan itu untuk meremedi pelanggaran atau kemungkiran itu dalam tempoh yang ditentukan oleh Pengawal.

(3)

Jika Pengawal berpuas hati bahawa pemegang perakuan itu tidak meremedi pelanggaran atau kemungkiran itu sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (2), atau pelanggaran atau kemungkiran itu masih berterusan selepas perakuan itu digantung di bawah subseksyen (1), Pengawal boleh membatalkan perakuan itu.

Rayuan terhadap keputusan Pengawal 36n.  Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan

Pengawal yang dibuat di bawah Bahagian ini boleh, dalam masa empat belas hari selepas dimaklumkan secara bertulis mengenai keputusan itu, merayu kepada Ketua Pengarah terhadap keputusan itu mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan keputusan Ketua Pengarah adalah muktamad.

Makmal pengujian kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran 36o.  Bagi maksud pendaftaran kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang ditetapkan di bawah seksyen 36k, Ketua Pengarah boleh mengeluarkan suatu senarai makmal bagi pengujian kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran itu.”.

Penggantian seksyen 44