Malaysia legislation

Section 14

of AKTA PERKHIDMATAN BOMBA (PINDAAN) 2025

Seksyen 14

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 50

seksyen yang berikut:

“Penyamaran sebagai Pegawai Bomba, Pegawai Bomba

Bantuan dan Pegawai Bomba Sukarela 50a.  Mana-mana orang yang bukan seorang Pegawai Bomba,

(a)

berpura-pura menjadi seorang Pegawai Bomba,

Pegawai Bomba Bantuan atau Pegawai Bomba

Sukarela dengan mengetahui bahawa dia bukan sedemikian;

(b)

secara salah menyamar sebagai seorang Pegawai Bomba,

Pegawai Bomba Bantuan atau Pegawai Bomba

Sukarela;

24

Undang-Undang Malaysia

Akta A1764

(c)

atas sifat yang dibuat-buat itu melakukan atau cuba untuk melakukan apa-apa perbuatan atas alasan menjadi seorang Pegawai Bomba, Pegawai Bomba

Bantuan atau Pegawai Bomba Sukarela; atau

(d)

menyalahgunakan nama, logo, tanda khas atau apa-apa tanda lain bagi Pegawai Bomba, Pegawai Bomba

Bantuan atau Pegawai Bomba Sukarela, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.

Pindaan seksyen 53