Malaysia legislation

Section 5

of AKTA PERKHIDMATAN BOMBA (PINDAAN) 2025

Seksyen 5

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 4d seksyen yang berikut:

“Penubuhan Pasukan Kadet Bomba Malaysia 4da.  Menteri boleh menubuhkan suatu badan yang dikenali sebagai Pasukan Kadet Bomba Malaysia.

Pendaftaran ke dalam Pasukan Kadet Bomba Malaysia 4db.  (1)  Mana-mana orang boleh memohon untuk didaftarkan ke dalam Pasukan Kadet Bomba Malaysia jika—

(a)

tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996 [Akta 550], dia seorang murid yang menjalani pelajaran sepenuh masa di mana-mana institusi pendidikan sebagaimana

12

Undang-Undang Malaysia

Akta A1764

yang ditentukan oleh Menteri setelah berunding dengan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelajaran; atau

(b)

dia seorang pelajar—

(i)

yang berdaftar dan mengikuti bidang pengajian atau latihan sama ada sepenuh masa atau separuh masa di mana-mana institusi pengajian atau latihan sebagaimana yang ditentukan oleh

Menteri setelah berunding dengan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi institusi pengajian atau latihan itu;

(ii)

yang merupakan warganegara Malaysia; dan

(iii)

yang berumur di bawah tiga puluh tahun.

(2)

Suatu permohonan untuk didaftarkan ke dalam

Pasukan Kadet Bomba Malaysia hendaklah dibuat dalam borang dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah.

(3)

Ketua Pengarah boleh mendaftarkan atau enggan untuk mendaftarkan mana-mana orang ke dalam Pasukan Kadet

Bomba Malaysia.

(4)

Mana-mana orang yang telah didaftarkan ke dalam

Pasukan Kadet Bomba Malaysia tidak berhak kepada apa-apa elaun atau saraan.

Pasukan bomba persendirian di premis 4dc.  (1)  Ketua Pengarah boleh, atas permohonan mana-mana pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan keseluruhan ke atas mana-mana premis, membenarkan penubuhan suatu pasukan bomba persendirian di premis itu.

(2)

Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh mengarahkan pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan keseluruhan ke atas mana-mana premis untuk menubuhkan suatu pasukan bomba persendirian jika penubuhan

Perkhidmatan Bomba (Pindaan)

13

itu difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah kerana wujudnya potensi bahaya atau risiko khas kebakaran kepada premis itu berdasarkan suatu laporan analisis risiko kebakaran.

(3)

Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa syarat bagi penubuhan pasukan bomba persendirian dan memberikan apa-apa arahan berhubung dengan pelaksanaan tugas pasukan bomba persendirian.

(4)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi syarat yang dikenakan atau arahan yang diberikan oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan di bawah

Akta ini.”.

Pindaan seksyen 5