Skip to content
Amendment ActIn force

Akta Pendidikan (Pindaan) 2025

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2025
Sections
4
Languages
MS · EN

Akta Pendidikan (Pindaan) 2025 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1770 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

Akta A1770

AKTA PENDIDIKAN (PINDAAN) 2025

Undang-Undang Malaysia 2

Akta A1770

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

15 Oktober 2025

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

28 Oktober 2025

Hakcipta Pencetak H

Pendidikan (Pindaan)

3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1770

AKTA PENDIDIKAN (PINDAAN) 2025

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk meminda Akta Pendidikan 1996. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 2

Akta Pendidikan 1996 [Akta 550], yang disebut “Akta ibu”

dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 dengan menggantikan takrif “pendidikan wajib’ dengan takrif yang berikut:

‘ “pendidikan wajib” ertinya pendidikan rendah yang ditetapkan menjadi pendidikan wajib di bawah subseksyen 29a(1)

dan pendidikan menengah yang ditetapkan menjadi pendidikan wajib di bawah subseksyen 32a(1);’.

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1770

Pindaan seksyen 29a

Seksyen 3

Subseksyen 29a(2) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “Tiap-tiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia” dengan perkataan “Tiap-tiap ibu bapa yang anaknya merupakan warganegara Malaysia dan anak itu tinggal di Malaysia,”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “pendidikan wajib” dengan perkataan “pendidikan rendah”.

Seksyen baharu 32a

Seksyen 4

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 32

seksyen yang berikut:

“Pendidikan menengah wajib 32a.  (1)  Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan pendidikan menengah menjadi pendidikan wajib.

(2)

Walau apa pun subseksyen 29a(2), tiap-tiap ibu bapa yang anaknya merupakan warganegara Malaysia dan anak itu tinggal di Malaysia, hendaklah memastikan bahawa anaknya didaftarkan sebagai murid di institusi pendidikan bagi pendidikan menengah dan terus menjadi murid di institusi pendidikan bagi pendidikan menengah sepanjang tempoh pendidikan menengah.

(3)

Menteri boleh, jika difikirkannya wajar dan demi kepentingan murid atau awam untuk berbuat demikian, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana murid atau mana-mana golongan murid daripada kehendak supaya mengikuti pendidikan wajib, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau membatalkan atau mengubah atau menambah syarat itu.

Pendidikan (Pindaan)

(4)

Ibu bapa yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(5)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan seksyen ini.”.

Common questions

What is Akta Pendidikan (Pindaan) 2025?
Akta Pendidikan (Pindaan) 2025 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1770 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.
Is Akta Pendidikan (Pindaan) 2025 still in force?
Yes — Akta Pendidikan (Pindaan) 2025 is currently in force.
When did Akta Pendidikan (Pindaan) 2025 take effect?
Akta Pendidikan (Pindaan) 2025 was first recorded in 2025.
How many sections does Akta Pendidikan (Pindaan) 2025 have?
Akta Pendidikan (Pindaan) 2025 contains 4 sections.
Where can I read the official version of Akta Pendidikan (Pindaan) 2025?
The official text of Akta Pendidikan (Pindaan) 2025 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.