Malaysia legislation

Section 24

of AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2026

Seksyen 24

Pindaan seksyen 47

(a)

dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:

“Permohonan bagi pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Penyedia latihan kemahiran yang berdaftar di bawah seksyen 34 boleh mengemukakan permohonan bagi kemudahan pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran kepada Perbadanan untuk pelatih-pelatih yang menjalani latihan kemahiran atau latihan lain yang dijalankan oleh penyedia latihan kemahiran dalam suatu program latihan kemahiran yang diluluskan.”;

(c)

dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan

“atau bantuan kewangan latihan kemahiran”;

(d)

dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan

“permohonan pinjaman latihan kemahiran” dengan perkataan “permohonan bagi pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan

Undang-Undang Malaysia 14

Akta A1785

(e)

dalam subseksyen (8), dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan

“atau bantuan kewangan latihan kemahiran”.

Pindaan seksyen 48

Section 24 — AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2026