Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
“Penganugerahan Sijil
bahagian yang berikut:
“Bahagian VIIa
PENGIKTIRAFAN PROGRAM LATIHAN LAIN
Pengiktirafan program latihan lain 36a. (1) Walau apa pun apa-apa peruntukan lain Akta ini,
Ketua Pengarah boleh, tertakluk kepada terma dan syarat yang difikirkannya sesuai, memberikan pengiktirafan kepada mana-mana program latihan lain yang tidak berasaskan
Standard, yang dijalankan oleh mana-mana pertubuhan, badan atau organisasi, sama ada ditubuhkan di dalam atau di luar
Malaysia, bagi maksud pemberian pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran oleh Perbadanan
Tabung Pembangunan Kemahiran di bawah Akta Tabung
Pembangunan Kemahiran 2004 [Akta 640].
Undang-Undang Malaysia 10
(2)
Permohonan bagi pengiktirafan program latihan lain di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh pertubuhan, badan atau organisasi yang menjalankan program latihan itu kepada Ketua Pengarah dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.
(3)
Tiap-tiap permohonan di bawah seksyen ini hendaklah disertakan dengan dokumen, maklumat dan fi sebagaimana yang ditetapkan.
(4)
Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan bagi pengiktirafan di bawah subseksyen (2) dan sebelum ia diputuskan, Ketua Pengarah boleh melalui notis bertulis menghendaki pemohon supaya memberikan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang ditentukan dalam notis itu.
(5)
Jika dokumen dan maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (4) tidak diberikan oleh pemohon dalam tempoh yang ditentukan atau apa-apa perlanjutan tempoh sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak diteruskan, tetapi tanpa menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baharu.
(6)
Bagi maksud pengiktirafan di bawah seksyen ini,
Ketua Pengarah boleh menubuhkan suatu jawatankuasa penilaian dan pengiktirafan untuk menasihati dan membuat cadangan kepada Ketua Pengarah mengenai perkara yang berhubungan dengan pengiktirafan itu.
(7)
Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pengiktirafan yang diberikan di bawah subseksyen (1) jika pertubuhan, badan atau organisasi yang program latihannya telah diberikan pengiktirafan itu telah tidak mematuhi terma dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen itu.
(8)
Bagi maksud seksyen ini, “Perbadanan Tabung
Pembangunan Kemahiran” ertinya Perbadanan Tabung
Pembangunan Kemahiran yang ditubuhkan di bawah seksyen 6
Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004.”.
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Pindaan)
11
Pindaan seksyen 52