Malaysia legislation

Section 2

of AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN (PINDAAN) 2026

Seksyen 2

Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—

(a)

dengan menggantikan takrif “kurikulum” dengan takrif yang berikut:

‘ “kurikulum” ertinya kandungan suatu program latihan tersusun yang dijalankan oleh suatu penyedia latihan kemahiran berdasarkan Standard yang menunjukkan aktiviti yang dijalankan, masa yang diuntukkan bagi setiap aktiviti, dan turutannya;’;

(b)

dengan menggantikan takrif “pentauliahan” dengan takrif yang berikut:

‘ “pentauliahan” ertinya suatu tatacara yang berdasarkannya Ketua Pengarah menilai dan meluluskan sesuatu program latihan kemahiran berdasarkan

Standard;’;

(c)

dalam takrif “program bertauliah”, dengan menggantikan perkataan “program latihan” dengan perkataan

“suatu program latihan kemahiran”; dan

(d)

dalam takrif “Sijil”, dengan memasukkan selepas perkataan

“kelayakan kemahiran” perkataan “atau pengiktirafan kemahiran”.

Pindaan seksyen 5