Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Seksyen 24 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“program latihan” dengan perkataan “program latihan kemahirannya”;
(b)
dalam subseksyen (5), dengan memasukkan selepas perkataan “atau mana-mana pegawai daripada jabatan yang bertanggungjawab bagi pembangunan kemahiran”
perkataan “atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Ketua Pengarah”; dan
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Pindaan)
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:
“(6) Penyedia latihan kemahiran hendaklah hilang kelayakan daripada memohon bagi pentauliahan suatu program latihan kemahiran di bawah subseksyen (1)
jika penyedia latihan kemahiran itu mempunyai program bertauliah sedia ada yang berkenaan dengannya sijil pentauliahan telah digantung atau dibatalkan oleh
Ketua Pengarah di bawah seksyen 29 atau 32, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan tempoh satu tahun dari tarikh kuat kuasa penggantungan atau pembatalan itu masih belum luput.”.
Pindaan seksyen 25